Nak tau tak beza antara selsema, flu, alahan dan covid19? Jom baca ni sampai habis.
Sebenarnya keadaan selsema, flu, alahan rhinitis termasuklah covid19 adalah hampir serupa tapi tak sama disebabkan beberapa perbezaan iaitu punca dan simptom yang membezakan keempat-empatnya.
Satu persamaannya adalah kesemuanya menyerang bahagian badan yang sama iaitu sistem pernafasan manusia.
So, apakah perbezaan punca 4 jenis penyakit ini?
- Selsema biasa berlaku kesan dari jangkitan virus bernama rhinovirus yang mana ia boleh berjangkit dari satu individu ke individu yang lain melalui udara dan kontak rapat.
- Flu terjadi bila wujudnya jangkitan vitus bernama influeza yang juga boleh berjangkit dari individu ke individu yang lain juga melalui udara serta kontak rapat.
- Alahan rhinitis berlaku adalah kesan alergen yang terdapat di udara seperti habuk, debu, pasir, asap, debunga, bulu haiwan dan lain-lain.
- Covid19 pula adalah berpunca dari virus korona yang boleh merebak melalui udara, sentuhan dan titisan sesama individu.
Walaubagaimanapun, simptom keempat-empat penyakit ini dikatakan sama iaitu hidung tersumbat dan berair. Namun sebenarnya ada perbezaan tau. Jom teruskan pembacaan korang kalau nak tau.
Simptom |
Selesema |
Flu |
Alahan rhinitis |
COVID-19 |
Demam |
Jarang |
Ya, terutamanya bagi golongan
kanak-kanak |
Tiada |
Ya, dengan suhu yang tinggi |
Pening kepala |
Jarang |
Ya |
Jarang |
Ya |
Sakit tekak |
Ya |
Jarang |
Jarang |
Ya |
Sakit dada |
Tidak teruk |
Ya |
Jarang, kecuali bagi penghidap
penyakit asma |
Ya |
Lenguh badan |
Tidak teruk |
Ya, kebiasaannya teruk |
Tiada |
Ya |
Lemah badan |
Jarang |
Ya, boleh berlanjutan sehingga
berminggu |
Jarang |
Ya |
Penat badan |
Tiada |
Ya, pada permulaan jangkitan
berlaku |
Tiada |
Ya |
Hidung berair dan tersumbat |
Ya |
Jarang |
Ya |
Ya |
Bersin |
Ya |
Jarang |
Ya |
Jarang |
Batuk |
Ya |
Ya, kebiasaannya teruk |
Jarang |
Ya, kebiasaannya kering |
Akan tetapi, simptom bagi wabak covid19 jugak datang dengan beberapa simptom lain seperti hilang deria rasa dan bau, mual, muntah, cirit-birit, kelesuan dan sakit tekak.
So, simptom covid19 jugak membawa kesan yang paling teruk antara 3 yang lain dan perlu segera mendapatkan rawatan.
Tapi, penyakit lain janganlah pulak korang sambil lewa sebab ia jugak berisiko menyebabkan komplikasi.
Kredit info : HELO DOKTOR
4 comments
saya baru pas mengalami selsema yg teruk, nasib baik negative
ReplyDeleteTerima kasih share ilmu ni ya. Sangat bermanfaat :D
ReplyDeletePunca Kencing Tak Lawas
Ubat Kencing Tak Lawas
Artikel ni bagus, dapat banyak info. Terima kasih! :D
ReplyDelete- Sport Wear
- Swimming Suit Malaysia
- Kelebihan Bersenam
Terbaikk :D
ReplyDelete- Sport Wear
- Swimming Suit Malaysia
- Kelebihan bersenam