Apa kaitan lipstick dengan penampilan? Meh baca tip ni...

Orang cakap, tanpa lipstick memang lengkaplah solekan korang tu. Betul tak? Akan tetapi, adakalanya pemakaian lipstick nampak macam tak sesuai dengan penampilan kita. Kalau cikla, warna lipstick yang paling selamat cikla pakai adalah warna tanah. Tak pekat, tak cair. Hehe. So, korang nak tau tak tip macam mana nak pilih lipstick yang sesuai dengan penampilan? 

Apa kaitan lipstick dengan penampilan? Meh baca tip ni...
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Memang tak dinafikan terlalu banyak lambakan warna lipstick yang dijual di pasaran. So, jangan sampai rambang mata tau. Elakkan membeli ikut nafsu. Haha. Tip pertama, pilih warna lipstick yang sesuai dengan warna bibir korang. Pendek kata, serasi gitu! Kalau bibir korang jenis warna pucat, warna merah muda atau beige sangat sesuai dengan korang. 

Manakala, untuk mereka yang mempunyai bibir kemerah-merahan bak delima merekah gitu, lipstick warna coklat muda atau merah terang sangat sesuai dengan korang. Warna sebegini akan menonjolkan diri korang yang sebenar. Ceewahh.

Tapi, kalau korang mempunyai bibir gelap atau kehitaman, lipstick warna ungu akan menyerlahkan penampilan korang, selain ia dapat menyembunyikan warna bibir korang tu. Selain dari warna bibir, pemilihan lipstick jugak perlu disesuaikan dengan warna kulit. Bukan apa, kegagalan *ceh kegagalan tuuu, hihi korang memilih warna lipstick akan mencacatkan penampilan korang nanti. 

Apa yang korang kena tau, bukan semua orang sesuai mengenakan warna oren muda, merah terang atau oren. So, pilihlah dengan bijak supaya ia sesuai dengan kulit korang sekaligus menjadikan penampilan korang tak over sangat kan. Mereka yang berkulit kuning langsat, elok mengenakan warna lipstick berwarna merah ceri atau merah gelap manakala bagi mereka yang berkulit lebih gelap dan coklat, warna yang dicadangkan adalah pink, plum, coklat gelap atau coklat kopi. 

Orang berkulit putih memang untunglah, sebab mereka sesuai pakai semua warna. Jangan sampai pening pulak nak pilih yang mana satu kang. Hihi. Tip terakhir adalah, sebelum korang beli lipstick tu elok korang try dulu. Macam mana nak try? Hok aloh, tester kan ada. Selain dari korang boleh cuba sendiri, korang jugak boleh tau tekstur lipstick tu sama ada berkilat, kabut dan sebagainya.

Kalau korang nak tau, lipstick yang mempunyai tekstur berkilat akan menjadikan bibir korang lebih berkilat dan seksi gitu, selain lipstick bertekstur kabut pulak menjadikan bibir lebih nipis. 

Kredit Sisipan Harian Metro. 

4 comments:

  1. Tu lah selalunya duk suka hati beli aja.

    ReplyDelete
  2. Selalu main beli dan pakai je.. dululah.. sekarang dah tak pakai..

    ReplyDelete
  3. hahahahaha memang pening pun nak pilih. Kalau pergi drugstore tu habis penuh satu tangan calit lipstick

    ReplyDelete
  4. x dpt bayang kalau ejulz pakai lipstik.. haha

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (449) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews