20 May 2018

Maggi goreng pecah telur, request kak Batrisyia yang baru belajar berpuasa.

Kisah ni sebenarnya berlaku semalam. Baru nak share hari ni. Kak Batrisyia actually baru 8 tahun. So, tahun ni cikla cuba train dia berpuasa. Tapi, takdelah paksa kan. *taknak jadi ibu yang kejam, hehe. Cikla cakap dekat dia, kalau kakak larat puasalah sehari. Kalau rasa penat or tak larat, setengah hari pun jadilah. Kesian pulak kan nak paksa dia. Itupun hari pertama puasa adalah lebih 10 kali tanya bilalah nak berbuka ni. Hihi.

Alhamdullilah, hari pertama puasa penuh, hari kedua setengah hari, hari ketiga (semalam) pun penuh jugak. Tapi, kita tengok hari ni macam mana pulak. Larat ke tidak dia nak habiskan puasa sampai berbuka. Subuh tadi masa bersahur pun dia makan sikit je. 

So, cikla saja nak share resepi macam nak masak maggi goreng kot-kot ada yang tak tahu macam mana nak buat kan. Manalah tau korang nak buat menu berbuka nanti kan. Kadang-kadang menu berbuka ni tak perlu yang berat-berat sangat. Simple sudah! Jom kita tengok bahan-bahannya dulu.

Maggi goreng pecah telur, request kak Batrisyia yang baru belajar berpuasa.
Maggi goreng pecah telur, request kak Batrisyia yang baru belajar berpuasa. 

Bahan-bahan :

3 bungkus mee maggi (direndam dalam air panas sehingga lembut dan ditoskan). 
1/2 biji bawang besar (dihiris). 
1-2 ulas bawang putih (dihiris). 
2 peket perencah maggi perisa kari.
1 genggam sayur sawi. 
2 biji telur. 
1 senduk stok ayam/atau kuah sup ayam. 
Sedikit minyak untuk menumis, garam.

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumiskan bahan yang dihiris. 
  2. Selepas itu, masukan perencah maggi dan air stok ayam. 
  3. Bila dah naik bau, pecah telur dan kacau rata. 
  4. Kemudian, masukkan mee maggi dan sedikit air stok ayam. Gaul rata. 
  5. Bila dah rata, masukkan sayur sawi dan gaul lagi sampai sayur layu. 
  6. Sedia untuk dihidang.

Maggi goreng pecah telur, request kak Batrisyia yang baru belajar berpuasa.
Maggi goreng pecah telur, request kak Batrisyia yang baru belajar berpuasa. 

Maggi goreng pecah telur, request kak Batrisyia yang baru belajar berpuasa.
Maggi goreng pecah telur, request kak Batrisyia yang baru belajar berpuasa. 

Elakkan dari menggunakan api yang besar sebab ia akan menyebabkan maggi mudah hangus dan berkerak. Tak pasal-pasal korang kena menyental kuali pulak nanti. Hehe. Kalau nak lagi ummpphh, masa korang makan tu jangan lupa tuangkan sedikit sos cili, dan hiaskan dengan telur mata dan timun jepun. Selamat mencuba!

5 comments:

  1. Wah menu baru bgi aku, tak pernah masak camni lagi. Slmt bpuasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silalah cuba. Hehe. Selamat berpuasa Shirven

      Delete
  2. aLAHAI...Tgok maggi ni jer dah terliur dah ha..apekah A kena masak maggi kejap lagi kang ni?

    ReplyDelete
  3. maggi :)
    hadoi lah... feveret semua org la.
    with or without telur hi hi hi...

    ReplyDelete