Rasanya semua orang tau kot, pada tanggal 16 Mei setiap tahun, guru-guru seMalaysia akan menyambut hari guru. Pada cikla, inilah masa kita menghargai dan menyatakan rasa kasih kita pada cikgu yang selama ini bertungkus lumus memberi tunjuk ajar pada kita dan mendidik kita macam anak sendiri.
Mungkin ada yang cakap, 'ala, hari-hari lain boleh ucap apa..' Memanglah! Tapi, bagi cikla pada tarikh 16 Mei ni lebih special.
Guru Pemacu Transformasi Pendidikan : Tema hari guru 2018. Sumber WhatsApp group. |
Bila bercerita pasal guru atau cikgu ni, rasanya pengorbanan dan perit getir mereka memberi tunjuk ajar kepada anak bangsa memang tak terbalas dengan wang ringgit.
Tak keterlaluan kalau cikla cakap, kadang-kadang perhatian yang mereka berikan itu lebih dari mak bapak sendiri.
Tapi, itulah. Cabaran, dugaan dan ujian cikgu dulu dengan sekarang banyak bezanya. Bagi cikla, kerjaya cikgu sekarang lebih mencabar. Mana taknya, dalam arus pemodenan sekarang pengaruh media massa itu yang terbesar rasanya. Boleh dikatakan, anak murid lebih advance dari cikgu.
Guru Pemacu Transformasi Pendidikan : Tema hari guru 2018. Sumber WhatsApp Group. |
Itu belum lagi cabaran cikgu terhadap 'kerenah' ibu bapa. Zaman sekarang ni, janganlah nak cuit anak orang, nanti tak pasal-pasal mak bapaknya pulak melenting lebih. Ada yang lebih menyedihkan sampai nak saman menyaman. Terus terkedu lidah cikla bila denga cerita saman-saman ni. Adoiii haii.
Wahai anak murid, cikgu tu menegur ada sebab. Cikgu tu menegur sebab sayang. Cikgu tu menegur sebab ambil berat. Jangan ingat bila cikgu menegur atau marah, bukan bermakna cikgu tak suka. Bukan bermakna cikgu benci.
Guru Pemacu Transformasi Pendidikan : Tema hari guru 2018. Sumber WhatsApp Group. |
Guru Pemacu Transformasi Pendidikan : Tema hari guru 2018. Sumber WhatsApp Group. |
Begitu kena dengan tema hari guru pada tahun ni, GURU PEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN!
Selamat hari guru buat guru-guru yang pernah mengajar cikla since daru sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi sehinggalah zaman universiti. Terima kasih cikgu sebab sudi mencurahkan ilmu yang sangat berguna untuk diri ini.
adik aida, guru.
ReplyDeleteso, byk tau pasal profesion perguruan.
tak mudah spt yg dikatakan...