Nasi goreng kampung ADABI, menu sahur yang mengenyangkan.

By Cikla Shahril - May 23, 2018

Orang cakap, menu sahur tak perlu yang terlalu kompleks pembuatannya. Senang cakap, menu yang ringkas tapi mengenyangkan. Nak dijadikan cerita, pagi tadi cikla bangun sahur terlewat sikit dari jam yang cikla dah set. Biasanya cikla bangun pukul 3 untuk makan ubat thyroxine, then cikla landing kejap sementara nak bangun balik untuk masak sahur dalam pukul 4 gitu.

Entah kenapa, jam tak bunyi. Sedar-sedar dah pukul 4 suku. Memang bingkas bangunlah. Tapi, apa-apa hal makan ubat dulu. Hehe. Dalam pada tu, dalam kepala ni terus ligat berfikir nak masak apalah untuk sahur ni. Disebabkan malam tadi pak mertua dah request telur dadar untuk buat lauk sahur, cikla fikir bagus jugak kalau buat nasi goreng kan.

Lagipun, asyik ayam ikan, ayam ikan macam jemu jugak. So, terhasillah nasi goreng kampung yang disedapkan lagi dengan perencah nasi goreng kampung keluaran ADABI. Biasa kita tengok kalau nasi goreng kampung apa yang kena ada ikan bilis dengan kangkung kan. Tapi, disebabkan menu bidan terjun, gunakan ajelah apa yang ada kat dapur nuuu. Nak resepi? Jom check resepi nasi goreng kampung versi cikla. Hihi.

Nasi goreng kampung ADABI, menu sahur yang mengenyangkan.
Nasi goreng kampung ADABI, menu sahur yang mengenyangkan. 

Bahan-bahan :

1 mangkuk sederhana besar nasi. 
1 biji bawang besar (hiris halus). 
2-3 ulas bawang putih (hiris halus). 
1 genggam ikan bilis jepun. 
2 biji telur.
1/2 peket perencah nasi goreng kampung ADABI. 
Sedikit daun sup/ daun bawang/bawang goreng untuk hiasan, minyak untuk menumis dan  garam.

(kalau korang nak tambah sayur macam kubis, sawi dan kangkung, boleh je).

Nasi goreng kampung ADABI, menu sahur yang mengenyangkan.
Nasi goreng kampung ADABI, menu sahur yang mengenyangkan. 

Cara-cara : 
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian masukkan ikan bilis yang telah dicuci bersih. Goreng sehingga garing dan kekuningan. 
  2. Selepas itu, masukkan bahan yang dihiris dan goreng sampai kekuningan dan naik bau. 
  3. Bila dah kekuningan, taburkan perencah nasi goreng ADABI, sebelum dipecahkan telur dan dimasukkan nasi. Gaul rata. 
  4. Masukkan sayur (optional), dan sedikit garam. Perencah nasi goreng kampung ADABI tu dah masin, so sesuaikan rasa dia tau. Then, gaul nasi sehingga sayur layu. 
  5. Angkat nasi goreng yang telah siap tu dalam mangkuk yang bersesuaian dan taburkan daun sup/daun bawang. Kalau korang nak tukar bawang goreng pun boleh. 
  6. Sedia untuk dinikmati.

Nasi goreng kampung ADABI, menu sahur yang mengenyangkan.
Nasi goreng kampung ADABI, menu sahur yang mengenyangkan. 

Senang je kan. Cikla rasa semua orang mesti tau masak punyalah. Kalau nak sedap lagi, makan nasi goreng dengan beberapa hirisan timun jepun dan telur dadar. Waduh, terangkat beb! Lagipun, nasi goreng kampung ni tak pedas pun. Budak-budak boleh makan! Selamat mencuba!

  • Share:

You Might Also Like

8 Comments

  1. Padahal baru lepas sahur, tapi bila tengok gambar ni..kecur pulak airliur..

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaa. dulu selalu buat . memang sedap perencah adabi ni. letak ikan bilis , telur, cili api memang terbaik. hehe

    ReplyDelete
  3. perghhhh.. terbaek..

    ReplyDelete
  4. Simple takpe.. Janji kenyang...

    ReplyDelete
  5. Siple tapi mengenyangkan.
    Selamat berpuasa

    ReplyDelete
  6. zaman study dulu suka masak resipi ni untuk breakfast

    ReplyDelete
  7. aida biasa guna perencah adabi.
    sedap.
    memang couple dgn telur dadar.
    then, potong timun jepun. yummy...

    ReplyDelete