'Santai Tapi Sampai'

30 May 2018

4 trik pemakaian stoking yang perlu diberi perhatian.

Bagi cikla, memang tak boleh dinafikan pemakaian stoking adalah menjadi perkara wajib bagi sesetengah orang terutama mereka yang bersekolah dan juga sebagai pelengkap gaya seharian. Walaupun kita fikir, 'alah stoking je pun, tak payah nak bertip-tip bagai sangatlah', ternyata tanggapan itu salah ye kawan-kawan. 

Apa yang korang tak tau, sebenarnya pemakaian stoking juga perlu diberi perhatian dan tak boleh dipakai secara hentam kromo. Ada cara tau untuk menggayakannya!

4 trik pemakaian stoking yang perlu diberi perhatian.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Pastikan stoking yang dipakai itu sepadan. 

Kadang-kadang, dalam keadaan kelam-kabut terutama lambat nak ke tempat kerja, kita main capai ye mana yang sempat je kan. Sampai tak perasan stoking yang diambil itu tak sama padannya. Apa yang selalu berlaku adalah sebelah kecik, sebelah besar. Haha. Betul tak? Sebenarnya ini adalah penting, terutama kalau ia melibatkan majlis formal sebab ini akan menunjukkan korang itu seorang yang professional selain ia akan menunjukkan keseragaman. Lainlah kalau korang memang nak cari perhatian kan.

Pilih warna yang bersesuaian.

Selain dari saiz yang sepadan, faktor warna jugak tak kurang pentingnya. Untuk pengetahuan korang, pemilihan warna stoking penting sebab ia akan turut sama mempengaruhi penampilan korang. Apa yang terbaik adalah pilihlah warna stoking yang sama atau senada dengan warna seluar melainkan kalau korang memang nak nampak kontra. Tip ini penting kalau korang nak menghadiri majlis formal kerana biasanya korang kena follow etika pemakaian yang telah ditetapkan. Lainlah kalau korang nak ke acara santai atau kasual, ok aje!

Elakkan dari memakai stoking berlubang.

Fungsi stoking adalah untuk melindungi kaki korang kan? So, korang kena pastikan yang stoking korang pakai tu mestilah dalam keadaan baik. Jangan pulak korang pakai stoking yang dah berlubang pulak ye. Hehe.

Pilih stoking yang lebih panjang. 

Kalau korang nak tau, pemilihan stoking yang lebih panjang adalah terbaik sebab ia akan menutup buku lali korang terutama semasa korang duduk. Selain ia memberi keselesaan, tapi kalau korang menggunakan kasut jenis loafer, takpelah kalau tak nak pakai stoking panjang sebab ia memang tak sesuai pun.

So, pakailah mengikut kesesuaian tempat, dan yang paling penting fesyen yang kita gayakan.

Kredit Ruangan Gen.Y, Harian Metro.

No comments:

Post a Comment