'Santai Tapi Sampai'

29 May 2018

5 tip mudah elak gastrik semasa berpuasa.

Bila tiba bulan puasa, satu 'masalah' biasa yang kita selalu dengar adalah sakit gastrik. Betul tak? Kadang-kadang, mereka yang takde sakit gastrik pun mengaku yang mereka gastrik semata-mata tak mahu berpuasa. Aduhai, tolonglah berubah...

Umur tu pun tak berapa nak muda lagi. Lagipun, setahun sekali kan kita bertemu dengan bulan puasa ni. Memang rugi kalau kita lepaskan begitu aje. Apa yang korang mungkin tak tau, sebenarnya sakit gastrik ni boleh je kita elak even dalam bulan puasa pun. So, lepas ni no more excuses lagilah ye...

Menurut Dr. Kwan Keat Leong, seorang Perunding Pembedahan Gastrointestin Pusat Perubatan Tropicana, mereka yang mengalami penyakit gastrik sepatutnya boleh je nak berpuasa kalau mereka mengamalkan kaedah pemakanan yang disarankan oleh doktor. 5 tip yang disarankan adalah seperti di bawah.

5 tip mudah elak gastrik semasa berpuasa.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Makan secara sederhana. 
Biasa kita dengar orang mengadu sakit perut semasa lapar kan sebab ia menandakan asid hidroklorik banyak sangat dalam perut tu. Tapi, kalau kita sakit perut walaupun sudah makan, maybe itu adalah petanda kepada masalah ulser perut disebabkan lapisan mukosa yang lemah. So, apa yang terbaik makanlah secara sederhana dengan melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam menu korang. Korang kena ingat jugak, berhenti makan sebelum kenyang!

Berbuka dengan menu yang ringan. 
Ada kalanya, tabiat makan kita semasa berbuka jugak boleh menjadi penyebab kepada sakit perut yang dialami. Seorang pengidap gastrik digalakkan untuk makan sedikit demi sedikit supaya perut yang 'berehat' seharian tu takdelah shock. Berbukalah dengan makanan yang ringan seperti kurma, air kosong, sup rendah lemak dan buah-buahan. Kemudian, pergilah sembahyang Maghrib dulu, selepas itu bolehlah sambung makan dengan menu yang lebih berat.

Elak mengambil minuman berkafein semasa berbuka.
Untuk pengetahuan korang, minuman berkafein akan menyebabkan kelenjar jus gastrik di perut jadi lebih aktif. Tapi, kalau korang jenis memang kafein addict, bolehlah nak ambil tapi selepas solat Tarawih.

Ambil makanan yang mengandungi sulfur. 
Mungkin sebelum ni ramai yang anggap, gastrik berlaku terutama di bulan puasa disebabkan oleh takde makanan so keasidan asid dalam perut bertambah. Kalau korang nak tau, kurang tepat tau anggapan korang tu sebab semasa berpuasa, keseluruhan sistem penghadaman kita akan berehat, so ini bermakna aktiviti rembesan asid hidroklorik dalam perut kita turut menurun.

Jadinya, masalah senak atau sakit perut tak akan timbul kononnya disebabkan oleh tahap keasidan yang tinggi. Apa yang terbaik, banyakkan memakan makanan yang mengandungi sulfur seperti kubis, brokoli dan bawang putih.

Elak makanan yang mengandungi lemak yang tinggi. 
Kalau korang nak tau, makanan kompleks seperti makanan berlemak, pedas, madam, berempah, berminyak dan bergoreng boleh mendatangkan kerengsaan pada perut kerana ia boleh menjejaskan kelancaran sistem pencernaan kita.

Apa yang terbaik, ambil makanan atau menu yang lebih rendah lemak.

1 comment: