Siapa kat sini suka makan lauk kari? Tak kiralah kari ayam ke, kari daging ke, kari udang ke, kari ikan ke, atau kari sotong. Pendek kata, macam-macam kari ada. Tapi kali ni cikla nak share dengan korang kari kepala ikan gerut-gerut. Korang kenal tak ikan gerut-gerut tu macam mana rupanya? Alah, macam ikanlah. Haha. Cikla agak, ikan gerut-gerut ni biasanya jenis ikan yang bersaiz besar. Kalau korang tak percaya, tengok ajelah kepala dia besar mana. Hehe. Ikan ni jugak adalah dari spesis ikan air masin.
![]() |
Kari kepala ikan gerut-gerut. |
Bahan-bahan:
1 ekor ikan gerut-gerut sederhana besar. (dibersihkan dan diperap dengan sedikit garam dan serbuk kunyit).
1 biji bawang besar (hiris).
2-3 ulas bawang putih (hiris).
1/2 inci halia (hiris).
1 sudu kecil halba.
2 tangkai daun kari.
1 peket kecil rempah kari ikan BABAS.
1 kotak kecil santan M&S.
2 biji tomato (belah 4).
6 biji sayur bendi.
1 keping asam keping.
Sedikit minyak untuk menumis, garam dan perasa (jika perlu).
![]() |
Kari kepala ikan gerut-gerut. |
Cara-cara:
- Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan dihiris bersama halba. Kacau hingga kekuningan.
- Selepas itu, masukkan rempah kari dan sedikit air. Tumis sampai naik bau dan pecah minyak. Masukkan daun kari.
- Kemudian, masukkan santan dan air. Sesuaikan kuantiti kuah yang dikehendaki.
- Bila kuah dah menggelegak, masukkan ikan, asam keping, tomato bendi, garam dan perasa (jika perlu).
- Biarkan sekejap, tutup api dan bolehlah dihidang.
Selamat mencuba!
baru je lepas makan kari ikan :D
ReplyDeleteYummy...
Deletex pernah dgr, cikla.
ReplyDeletetapi aida ni makan aje semua nyer.
kari kepala ikan?
feveret!