20 May 2018

Jom baca perkongsian menarik ni : Berpuasalah seperti ulat, janganlah puasa seperti ular.

Puasa ular? Puasa ulat? Eh eh, Apa benda pulak ni? *garu kepala jap. Korang nak tau tak pasal ni? Jom baca perkongsian menarik ni.

Jom baca perkongsian menarik ni : Berpuasalah seperti ulat, janganlah puasa seperti ular.
Gambar diubah suai dari carian Google 

Apa dia puasa ular? 

Mungkin korang tak tau atau tahu *sebenarnya cikla pun baru tau pasal ni yang untuk terus hidup, ular perlu mengganti kulitnya secara berkala. 

Sebab tu ular bersalin kulit. Tapi, untuk menanggalkan kulitnya si ular perlu berpuasa tanpa makanan dalam tempoh tertentu. 

Selepas puasanya itu cukup dan selesai, barulah kulitnya tanggal dan diganti dengan kulit baru. 

Kesimpulannya,

  • Wajah/muka ular sebelum dan selepas puasa tetap sama. 
  • Nama ular sebelum dan selepas puasa tetap sama iaitu ular. 
  • Makanan ular sebelum dan selepas puasa tetap sama. 
  • Cara bergerak sebelum dan selepas puasa tetap sama. 
  • Tabiat serta sifat sebelum dan selepas puasa tetap sama.

Apa pulak puasa ulat? 

Untuk pengetahuan korang, ulat tergolong dalam kumpulan 'binatang paling rakus'. Kenapa? 

Ini kerana, bileh dikatakan sepanjang hayat si ulat itu dihabiskan hanya untuk makan saja. Tapi, apa yang menariknya, bila si ulat tadi bosan dengan 'makanan' dan bosan untuk makan *aiyookk ulat pun tau bosan ye, hehe, ia akan melakukan perubahan itu dengan berpuasa.

Puasa si ulat adalah sebagai persediaan untuk mengubah kualiti hidupnya sebab ia akan mengasingkan diri dengan badannya akab berada dalam kepompong. 

Selepas berminggu-minggu berpuasa, makalah keluarlah si ulat tadi dari dalam kepompong. Rupanya telah berubah sama sekali. 

Kini dia bukan ulat lagi tapi ia dah berubaha menjadi makhluk yang cantik bernama Kupu-Kupu.

Kesimpulannya,

  • Wajah ulat selepas puasa berubah menjadi indah dan mempesona. 
  • Nama ulat selepas puasa pun  berubah menjadi Kupu-Kupu. 
  • Makanan si ulat sesudah puasa berubah menghisap madu. 
  • Cara bergerak semasa masih menjadi ulat menjalar, tapi selepas puasa berubah iaitu terbang di awang-awangan. 
  • Tabiat dan sifat si ulat berubah sama sekali. Semasa menjadi ukat, ia menjadi perosak daun tapi bila ia menjadi kupu-kupu, ia membantu dan menghidupkan tumbuhan dengan cara membantu penyerbukan bunga.

Ironinya, puasa bukanlah hanya semata-mata menahan lapar dan haus saja, tapi kita jugak mesti menahan diri atau meninggalkan terus perkara tak elok yang kita buat sebelum ni. 

InshaAllah, kita akan menjadi lebih baik dari semasa dan untuk masa depan.

"Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan 2 kegembiraan iaitu kegembiraan ketika dia berbuka dan kegembiraan ketika berjumpa dengan Allah. Sungguh, bau mulut orang yang  berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.” (HR. Muslim no. 1151).

Sumber WhatsApp group.

1 comment:

  1. Kaella pun baru tahu tau ular tu hehe terbaik!

    ReplyDelete