'Santai Tapi Sampai'

22 May 2018

Surat berantai : Bagaimana nak mengenalinya?

Kalau tak salah cikla isu surat berantai ni dah lama. Seingat cikla, dulu cikla pernah jugak dapat mesej berantai ni. 

Tapi, bila dah tau perbuatan memanjang-manjangkan mesej ni tak baik, kalau dapat mesej macam ni memang terus delete.

Rupanya, mesej berantai atau surat berantai ni hukumnya HARAM. Mesej sebegini adalah SYIRIK kerana ia seolah-olah manusia yang berkuasa menentukan QADA' DAN QADAR  yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Surat berantai : Bagaimana nak mengenalinya?
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Kalau korang nak tau, contoh mesej atau surat berantai diakhiri dengan ayat berikut:

  1. Sebarkan sekarang. Sekiranya anda tidak menghantar mesej ini, itu bermaksud anda telah dibisikkan oleh syaitan. Terpulanglah. 
  2. Sesiapa yang tidak menghantar mesej ni, akan ditimpa musibah.
  3. Sesiapa yang menghantar mesej ini dalam masa dua jam, orang yang tersayang akan datang ke rumah anda. 
  4. Siapa yang mengabaikan mesej ini, anda akan kehilangan orang yang tersayang. 
  5. Siapa yang menghantar mesej ini kepada 4 orang, dalam masa 4 jam, anda akan mendapat rezeki yang melimpah ruah.
  6. Hantar mesej ini kepada sekurang-kurangnya 12 orang, anda akan mendapat berita yang baik dalam masa 2 jam.

Itu sebahagian saja tau. Ada bermacam-macam lagi mesej dalam bentuk  seperti yang di atas yang perlu kita abai dan dihentikan segera. 

Senang cakap, mesej berantai ni adalah berkait rapat dengan perjanjian yang berbentuk ganjaran atau musibah yang ditetapkan oleh manusia sendiri. 

Mana boleh macam kan. Siapa kita nak melawan kuasa Allah! Manusia memang tak layak untuk menjatuhkan sesuatu hukum ke atas sesama manusia melainkan atas sebab-sebab yang tertentu.

Cara lain nak kenal mesej atau surat berantai.
  1. Mesej berantai mungkin mengandungi :
  2. Wajib baca.
  3. Wajib sebar.
  4. Rezeki melimpah dalam masa 24jam.
  5. Tidak sebar bukan Islam.
  6. Tidak sebar rezeki tersekat.
  7. Mesej panjang jemu untuk dibaca iaitu berstatuskan hadis palsu.
  8. Mesej berantai kaitkan nama Allah dan Rasul supaya orang sebarkan.
  9. Kirimkan jika sayang Islam.

Sesuai dengan firman Allah SWT, yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini  dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga ia menjadikan kamu menyesal apa yang telah kamu lakukan". (Surah Al-Hujurat: 6)

Kredit : @ImanQowiyy

7 comments:

  1. Zaman sekarang pun still ada surat berantai nie..

    ReplyDelete
  2. Tapi kan cikla sekarang ni banyak benda yang orang viralkan tak tentu lagi kebenaran dia.
    Tu pun macam dah surat berantai juga, kan

    ReplyDelete
  3. paling menyampah dapat mesej berantai ni

    ReplyDelete
  4. selalu sangat dapat dalam whatsapp mesej macam nie , kadang-kadang tak baca pun..

    ReplyDelete
  5. Dah lama Pasal isu ni. Ena tahu pon dari suratkabar ulama yg bgtahu. Sejak tu memang xpenah copy sharing. Tapi tula makin menjadi2 pulak org sharing. Mungkin kurang pendedahan hukumnya jadi org xtahu. Kalau tegur takut orang kata kita ni memandai plak.

    ReplyDelete
  6. dari dulu tak pernah layan mesej camni. pelik juga dengan org yg rajin share benda2 camni.

    ReplyDelete
  7. pelik2 je zaman sekarang ni..

    ReplyDelete