Asam pedas ayam lada hitam pedas menyengat!

Puasa ke tak tu? Dah fikir menu apa nak masak (or beli) untuk berbuka nanti. Macam cikla, hari pertama puasa dah blur nak masak apa. Tapi, kalau cikla untuk berbuka tak ambil makanan yang berat-berat terus. Berbukan dengan kurma dan air. Lepas tu makan bubur sikit. Solat maghrib dulu, lepas tu sambung makan balik. Hehe. 

Disebabkan korang blur nak masak apa kan, meh cikla share dengan korang resepi senang cepat dan semestinya sedap. Apa resepinya tu? Inilah dia, Asam pedas ayam lada hitam pedas menyengat! Jom tengok bahan-bahannya. 

Bahan-bahan :     1 ekor ayam dipotong sederhana besar dan dibersihkan.   1 labu bawang besar dihiris.  4-5 ulas bawang putih dihiris.   1/2 inci halia dihiris.   1 senduk cili giling. (ikut kepedasan yang korang suka).   1 sudu besar serbuk lada hitam.   1 sudu besar serbuk rempah kari.   Beberapa helai daun limau purut.   Sedikit minyak untuk menumis, garam, gula dan perasa (kalau perlu).
Asam pedas ayam lada hitam pedas menyengat! 

Bahan-bahan :

1 ekor ayam dipotong sederhana besar dan dibersihkan. 
1 labu bawang besar dihiris.
4-5 ulas bawang putih dihiris. 
1/2 inci halia dihiris. 
1 senduk cili giling. (ikut kepedasan yang korang suka). 
1 sudu besar serbuk lada hitam. 
1 sudu besar serbuk rempah kari. 
1-2 biji bawang besar/bawang Holland dibelah 6. 
1 cawan air asam jawa. 
Beberapa helai daun limau purut. 
Sedikit minyak untuk menumis, garam, gula dan perasa (kalau perlu). 

Asam pedas ayam lada hitam pedas menyengat!
Asam pedas ayam lada hitam pedas menyengat! 

Asam pedas ayam lada hitam pedas menyengat!
Asam pedas ayam lada hitam pedas menyengat! 

Cara nak buat.
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumiskan bahan yang dihiris sehingga kekuningan. 
  2. Masukkan cili giling dan sedikit air. Masak sehingga cili masak. 
  3. Masukkan serbuk rempah kari dan sedikit air. Kacau sekejap. 
  4. Masukkan ayam dan air asam jawa. Biarkan sampai ayam masak. 
  5. Last, masukkan daun limau purut, bawang yang dipotong 6, garam, gula dan perasa. 
  6. Gaul rata dan biarkan kuah kering sedikit (tapi kalau korang nak berkuah pun boleh). 
  7. Tutup api dan bolehlah dihidangkan. 

Senang je kan? Lauk ni makan dengan nasi impit pun sedap. Selamat mencuba! 

1 comment:

  1. terkenang makan asam pedas lada hitam kat bkt cina.
    ya Allah. pedas teramat.
    hingga ikan nyer pun aida x boleh makan :)
    terpaksa oder telur dadar utk anak-anak makan. hadoi lah...

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (449) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews