'santai tapi sampai'

Dulu, cikla ingat lagi. Semua anak cikla masa diaorang masih bayi selalu muntah sebaik saja lepas menyusu. Masa anak pertama tu, kaget juga...

Cara yang betul semasa sedawakan bayi.

Dulu, cikla ingat lagi. Semua anak cikla masa diaorang masih bayi selalu muntah sebaik saja lepas menyusu. Masa anak pertama tu, kaget jugaklah bila alami keadaan macam ni. Iye lah, time tu kan zero knowledge bak kata orang putih kan. Masih peringkat belajar. Mujurlah masa tu berpantang kat rumah mak. Apa lagi, bila tengok anak terjeluak lepas susu, kelam kabut panggil mak lah. Huhu.

Tapi, bila anak dah ramai ni tahu jugaklah macam mana nak elakkan hal ni berlaku lagi. Lepas je habis menyusu, cikla cuba membuatkan diaorang sedawa. Seboleh-bolehnyalah. Kesian jugak tengok anak muntah kan, penat je menyusu kenyang-kenyang. At last, muntah.

Kalau korang nak tau, masa baby menghisap susu, dia juga selalu menyebut sekali udara dan menelannya bersama susu. Inilah sebabnya kita perlu menyedawakan baby sekurang-kurang satu atau dua kali semasa dia menyusu. Bila baby sedawa, ini akan mengelakkan mereka dari kembung, muak atau muntah sebelum mereka kenyang. Kesian kan! Bagi ibu-ibu baru mempunyai anak dan masih ‘hijau’ dalam hal ni, meh cikla nak share dengan korang cara macam mana nak sedawakan bayi korang sebaik saja selepas menyusu. Jom baca kalau nak tau.

Cara yang betul semasa sedawakan bayi.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Cara yang betul adalah mengikut posisi yang disarankan semasa mahu menyedawakan baby, iaitu : 

(1) Posisi bahu, iaitu tak kira ibu duduk atau berdiri, baby di dukung dengan keadaan dada baby di atas bahu ibu dan diampu punggungnya. Kemudian, tepuk belakang baby perlahan-lahan sampailah baby sedawa. Ulang beberapa kali.

(2) Posisi tangan, iaitu si ibu dalam keadaan duduk, kemudian letakkan baby di atas riba dalam keadaan baby didudukkan. Satu tangan ampu bahagian depan badan baby, dan satu tangan lagi tepuk perlahan-lahan belakang baby. Lakukan berulang kali sehingga baby sedawa. 

(3) Posisi riba, iaitu dalam keadaan ibu duduk, baringkan baby secara meniarap di atas riba ibu. Hati-hati jangan sampai baby jatuh pulak. Ampu bahagian dada baby, dan sebelah tangan lagi tepuk bahagian belakang baby secara perlahan-lahan. Lakukan sehingga baby sedawa.

(4) Tanpa mengira mana-mana posisi, gosok bahagian belakang baby perlahan-lahan sehingga baby sedawa.

Tambahan: 

  • Baby baru lahir yang mana kurang dari 6 bulan seeloknya disedawakan setiap 1/2 hingga 1 oz atau 15 hingga 30ml susu yang diberi.
  • Baby yang berusia 6 hingga 12 bulan pula seeloknya disedawakan 2 hingga 3 kali setiap kali selepas menyusu.

Kredit : Unit Pendidikan Kesihatan, Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur & Putrajaya.


1 comment: