Bulan Mei memang bulan istimewa dalam keluarga cikla. Mana taknya, 2 orang kesayangan cikla dilahirkan dalam bulan ni. Kakak Batrisyia dan hari ni, encik suami pulak. Nak sweet sikitlah. Hehe.
P. Ramlee dah nyanyikan dah dulu. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak suami isteri. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi!
Sebenarnya, ini memang tak boleh dielakkan dalam hubungan rumahtangga, kadang-kadanglah kan. Perbalahan pendapat bukan bererti mahu berpatah arang, tapi dari sisi positifnya ia seharusnya mengeratkan lagi hubungan. Gaduh gaduh sayang gitu.
Happy birthday encik suami yang ke-36! |
Dinda mengenali kekanda bukannya sekejap. Pendek kata, dinda sudah faham peel kekanda luar dalam. Semoga kasih sayang yang kita bina sentiasa dirahmati oleh Yang Maha Esa. Amin!
Happy birthday kesayangan yang ke 36. Semoga dengan peningkatan usia akan membuatkan kekanda lebih sado mengemudi bahtera rumahtangga yang dibina dan terus mengecapi bahagia hingga ke Jannah.
Semoga kekanda dikurniakan kesihatan yang baik, dan berjaya dalam apa jugak yang dilakukan. Aamiin, aamiin aamiin ya rabbal'amin.
Selamat hari lahir cikla punya encik suami. Hehe
ReplyDeleteHappy belated birthday buat suami cikla..
ReplyDelete