21 May 2018

Tip fesyen si rendah nak nampak tinggi.

Lama kot cikla tak share tip fesyen kan. Walaupun cikla ni bukanlah pakar fesyen atau perunding imej, tapi kalau tip yang cikla rasa bagus dikongsi, why not cikla share kan. Hehe. Ini pun noted untuk diri sendiri jugak. Siapa kat sini bertubuh rendah? 

Macam cikla, takdelah tinggi sangat dan takdelah rendah sangat. Kiranya kalau nak cari pakaian yang match takdelah susah sangat. Tapi, memang tak dinafikan kebanyakan mereka yang bertubuh rendah mungkin selalu di dalam 'dilema' setiap kali mahu bergaya. 

Sudah tu, jangan sedih sangat. Sebenarnya, masalah ni ada jalan penyelesaiannya. Lepas ni angan-angan korang nak nampak lebih tinggi dalam berfesyen akan menjadi kenyataan. Nampak tak ayat tu. Hihi. 

Apa yang penting, korang kena pandai memilih jenis pakaian dengan padanan yang sesuai, ditambah pulak dengan rasa keyakinan dan keberanian korang untuk mencuba! Nak tau? Jom baca sampai habis. 

Tip fesyen si rendah nak nampak tinggi.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Pilih baju corak menegak.

Korang boleh memilih samada baju T atau jumpsuit bercorak tegak sebagai alternatif korang nampak lebih tinggi. Jadikan pakaian bercorak tegak ni sebagai item wajib yang mesti ada dalam wardrobe korang! 

Pilih leher baju bercorak 'V'.

Cikla agak tak semua yang suka menggayakan leher baju bercorak sebegini. Tapi, bagi mereka yang berbadan kecil dan rendah, ini adalah tip terbaik untuk membantu korang nampak lebih tinggi dari selalu. Ini kerana, pakaian ini dikatakan dapat memberi 'ilusi' lebih panjang daripada bahagian leher ke dada jika nak dibandingkan dengan baju berleher bulat. Untuk nampak lebih ringkas, padankan baju tersebut dengan denim, jaket bomber, kulit atau kardigan. 

Menggayakan skirt labuh.

Kalau sebelum ni kita ingat skirt labuh match untuk mereka yang langsing atau tinggi, tapi sebenarnya ia jugak sangat cantik digayakan oleh mereka yang berbadan rendah. Tapi, korang kena ingat ye, untuk menggayakan skirt labuh korang kena pandai pilih potongannya pulak. Corak jalur menegak adalah yang sesuai untuk mereka  Ini kerana, ia akan memberi ilusi tinggi daripada bahagian pinggang ke kaki. Untuk lebih kemas, gayakan skirt labuh bersama dengan baju T yang dimasukkan ke bahagian dalam kemudian sarungkan jaket kulit. 

Gayakan tali pinggang jenis halus. 

Kalau korang jenis yang suka menggayakan tali pinggang, pilihlah tali pinggang yang jenis halus. Ini kerana, tali pinggang sebegini akan menjadikan bentuk pinggang tanpa menjadikan korang nampak pendek. Selain itu, kalau korang suka menggayakan dress atau gaun pun boleh jadikan tali pinggang ini sebagai pelengkap gaya korang untuk nampak lebih ayu dan feminim. 

Kredit Ruangan Gen.Y, Harian Metro. 

3 comments:

  1. oo..itu tips nya...pakai heels pun boleh kan..hehe

    ReplyDelete
  2. kaella kena try ni, sebab kaella ni pendek2 jer hihih

    ReplyDelete