'santai tapi sampai'

Budak-budak, lagi-lagi yang masih baby kalau ada apa-apa yang tak kena mesti mereka menangis kan. Betul tak? Sebagai ibu dan orang paling d...

Gusar tengok anak asyik menangis tapi tak tau apa puncanya? Jom baca perkongsian menarik ni...

Budak-budak, lagi-lagi yang masih baby kalau ada apa-apa yang tak kena mesti mereka menangis kan. Betul tak? Sebagai ibu dan orang paling dapat dengan mereka pun, kadang-kadang naik buntu fikir kenapalah kau menangis wahai anak. Kau lapar ke, sakit perut ke, mengantuk ke. Adoi, kita pun naik pening fikir apa sebabnya. 

Ibu yang ramai anak mesti dah biasa kot dengan keadaan ni. Tapi, kalau ibu yang baru merasai pengalaman ni? Tak ke serabut. Nanti mulalah emo tak tentu pasal. Geram punya pasal, dah jadi kes dera pulak. Iyelah, dah stress sangat. Tak mustahil tau. Memang ada kes macam ni, ‘ibu stress dera anak asyik menangis.’ Tu dah lain cerita pulak tu.

Tapi, lepas ni korang janganlah khuatir. Hal ini boleh dielakkan apa, bila kita cuba memahami mengapakah dan kenapakah ia berlaku. Apa kata kita check apakah sebab dan punca baby menangis. Jom semak satu-satu.

Gusar tengok anak asyik menangis tapi tak tau apa puncanya? Jom baca perkongsian menarik ni...
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Baby lapar.

Orang dewasa pun, kalau lapar pun mulut bising jugak. Inikan pulak baby. Manalah dia tau cakap kan, lapar lapar. Nak express rasa lapar dia tu, apa lagi dia nangislah. So, inilah salah satu sebab utamanya. Kalau korang nak tau perut baby ni kecik je, lebih-lebih lagi baby yang baru lahir. ‘Makanan’ diaorang susu badan je. Susu awal atau kolostrum yang dikeluarkan pada hari pertama selepas dilahirkan adalah sangat pekat dan sikit. Manalah cukup kan. Pada hari ketiga baru susu keluar dengan banyak. 

Walaupun susu badan si ibu meriah, tapi baby tak boleh minum banyak-banyak sebab perut diaorang ni kecik je. Tu sebab tak lama lepas menyusu (kita dah bagi dia minum kenyang-kenyang pun), tak lama lepas tu nangis balik sebab lapar. So, bagilah susu tu, dan teruskan memberi selagi baby nak. Kalau mereka dah kenyang, mereka akan lepaskan sendiri ‘nenen’ tu. Tapi, kalau baby still menangis walaupun dah diberi susu, mungkin ada masalah lain tu.

Baby rasa tak selesa.

Sebab apa baby rasa tak selesa? Mungkin baju yang dipakainya ketat tau mungkin dia berak ataupun lampinnya dan lencun. Biasalah kan, kalau lampin atau pampers dan penuh atau basah sudah tentu dia rasa tak selesa sebab rasa gatal. So, kalau ini berlaku cepat-cepat check lampin baby dan tukar. 

Lagipun, jangan biarkan lampin basah menyaluti punggung baby lama-lama sangat, nanti tak pasal-pasal melecet pulak. Lagi tak best, bila kena ruam lampin pulak. Lagilah kesian kan. Selain daripada lampin basah, mungkin lampin yang si ibu pakaikan tu mana tau ketat atau mungkin ada serangga dalam lampin yang ibu tak perasan masa ibu pakaikan. Sila check betul-betul dia. Kesian anak!

Faktor cuaca.

Ada baby yang tak suka kalau kita tukarkan lampin atau kita nak mandikan dia. Bila kita buka baju dia, mulalah dia merengek nak menangis. Macam anak cikla. Kalau time nak tukar lampin atau nak mandi, jeritnya bukan main lagi. Macam dicubit-cubit bunyi jeritannya tu. Padahal nak mandi je pun. Haha. *stress mak tau! So, kalau time nak tukar lampin or mandi memang cikla akan lakukan sepantas mungkin. Zuppp zappp, zuupppp zaaappp dah siap dah. Haha. 

Ada baby jugak tak suka dibedung atau diselimutkan. Panas katanya. Baby sekarang memang macam tu. Kalau baby dulu-dulu, haaaa kau bedungnya macam anak ikan duyung dah. Siap ikat kali lagi. Samalah dengan anak cikla. Kalau dibedung, memang kejap je lah. Nanti mulalah dia bersilat, menggeliat, semualah. Sudahnya, memang tak berbedunglah jawabnya. Huhu.

Ada tips tau nak tau baby ni rasa sejuk ke panas adalah dengan menyentuh bahagian perutnya. Kalau panas, korang bagi delimited nipis sikit. Kalau sejuk? Of course bagi selimut teballah. Apa yang korang kena elakkan adalah jangan berpandukan pada suhu tangan atau kaki mereka sebab biasanya bahagian tu memang agak sejuk. Nak senang guna termometer atau meter suhu untuk check suhu badan baby. Apa yang bagus adalah suhu badan baby kekal pada 24 atau 25 darjah Celcius.

Mahu dipeluk.

Aloloooo, nak peluk pulak ye. Hihi. Biasalah kan. Nama pun baby. Masih dahagkan kasih sayang seorang ibu. Kerjanya asyik nak suruh orang peluk dia je. Hihi. Tapi, bagi cikla bukan baby kecik je, even anak kita yang dah besar tu pun suka bila ibu dia peluk dia. Betullah kata orang. Antara tempat yang paling tentang adalah bila berada dalam dakapan ibu. 

Macam baby, mereka lebih memerlukan sentuhan fizikal untuk lebih selesa. Macam anak cikla, masa diaorang masih baby, lepas cikla tukarkan lampin dan susu kan mereka, mesti nak kena peluk, tepuk- tepuk, dodoi-dodoi dia. Sampailah tertidur. Kadang-kadang, dengan emak-emaknya sekali ‘belayar’. Hihi.

Terlalu penat dan perlukan rehat.

Baby pun tau penat. Haha. Biasalah kan, kalau baru-baru lahir tu mesti ramai orang datang melawat. Maklumlah, nak tengok orang baru kan. Suasana dah tentu riuh rendah dengan suara orang kan. Itu belum lagi bab sorang-sorang yang nak dukung baby. Lagilah. So, keadaan ni akan menyebabkan baby rasa tak selesa. Kalau anak cikla, dah lama mengamuk dah. Biasalah, baby pun pandai beremosi tau. So, ibu cubalah tenangkan baby dan kalau boleh alihkan baby ke tempat yang lebih tenang dan senyap sementara waktu untuk mendiamkannya. Alah, tak kan mereka tak faham kan. Macam tak pernah beranak kecik pulak aihhh.

Selain dari kaedah yang cikla bebelkan kat atas tu, korang boleh cuba kaedah urutan untuk memberi ketenangan kepada baby. Try urut atau gosok bahagian belakang baby perlahan-lahan termasuk bahagian perutnya. Mungkin baby rasa tak selesa disebabkan kembung perut. Kalau baby nampak macam sakit perut disebabkan oleh angin, cuba berikan susu kepadanya dalam keadaan baby tegak dan tepuk belakang baby dengan lembut selepas baby menyusu dan sandarkan baby di bahu. Baby yang mengalami kolik lebih selesa kalau kita gosok perutnya. At least, ia akan dapat bantu baby rasa lebih selesa. 

Gusar tengok anak asyik menangis tapi tak tau apa puncanya? Jom baca perkongsian menarik ni...
Gusar tengok anak asyik menangis tapi tak tau apa puncanya? Jom baca perkongsian menarik ni... Sumber Google. 

Info tambahan untuk memberi kelegaan kepada si ibu pulak. 
  • Tarik nafas panjang.
  • Letakkan baby di tempat lain (pastikan selamat) buat sementara dan biarkan baby menangis seketika tanda kita dengar tangisannya.
  • On muzik, untuk merehatkan minda dan diri sendiri selama 10 minit.
  • Mintak tolong ahli keluarga jagakan  baby sekejap sementara korang berehat. Dapatkan sokongan mereka.
  • Cuba cari kumpulan sokongan yang boleh membantu menangani masalah ini di samping berkongsi rasa dan berbincang.
  • Cuba bertenang dan elak dari melakukan perkara yang boleh mencederakan baby.
  • Sentiasa ingat kan diri kita yang ini adalah sementara dan tak lama lagi akan okey.

Kredit FAMILI.

0 comments: