Advertisement

7 tip mudah menyediakan makanan berkhasiat.

7 TIP MUDAH MENYEDIAKAN MAKANAN BERKHASIAT. Bagi cikla, untuk mendapatkan kesihatan yang baik haruslah bermula dari apa yang kita makan. Ini termasuklah cara bagaimana kita menyediakan makanan tersebut dari awal sampailah ia masuk ke dalam mulut kita. Jom check 7 tip mudah macam mana kita menyediakan makanan berkhasiat untuk keluarga kita.

7 tip mudah menyediakan makanan berkhasiat.

7 tip mudah menyediakan makanan berkhasiat.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Pertama : Lemak pada daging dan kulit ayam sebaiknya dibuang. 
Memang tak dinafikan ada orang yang mengelak dari memakan ayam disebabkan anggapan adanya banyak lemak pada daging ayam tersebut. Sebenarnya, ia boleh dihindarkan dengan cara membuang lemak pada kulit dan daging. Selain itu, cara merebus dan memanggang jugak dapat membantu mengurangkan lemak.

Kedua : Membasuh buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum di makan. 
Kalau sebelum ni kita selalu merendam buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum dimakan atau di masak, so lepas ni sebaiknya elakkan ye. Apa yang bagus, gunakan air bersih yang mengalir untuk mengurangkan pencemaran makanan sebab bahan mentah termasuk air dan ais boleh tercemar disebabkan bakteria dan bahan kimia berbahaya.

Ketiga : Elakkan dari memotong atau menghiris kecil buah-buahan dan sayur-sayuran. 
Untuk pengetahuan korang, perbuatan ini akan menyebabkan sayur tersebut cepat masak dan ini menyebabkan  khasiat makanan itu hilang dengan cepat.

Keempat : Masak ubi kentang atau ubi-ubian bersama kulitnya. 
Wah, yang ni cikla baru dengar ni. Masak dengan kulitnya sekali, sebab ia dapat mengekalkan dan menjamin khasiatnya. Tapi pastikan korang membasuhnya dengan bersih sebelum memasak.

Kelima : Pastikan air yang dimasak untuk merebus makanan tu betul-betul mendidih atau minyak betul-betul panas. 
Kalau korang nak tau, sebelum korang memasukkan makanan pastikan minyak yang digunakan untuk mengoreng atau air untuk merebus telah betul-betul panas. Kalau korang memasak sayuran hijau dengan menggunakan air atau minyak yang tak terlalu panas, ia akan mengubah warna dan bentuk sayuran itu. Macam tak percaya kan? Tapi, itulah hakikatnya.

Selain itu, korang juga boleh menyediakan ketulan ais untuk memastikan kepanasan suhu sayur-sayuran yang dikeluarkan dari air panas dapat turun dengan serta merta dan sekaligus ia akan menghentikan proses sayur itu menjadi overcooked, malah nanti sayur akan jadi lebih rangup rasanya.

Keenam : Mengurangkan penggunaan garam, gula dan bahan pengawet dalam makanan. 
Kalau yang ni, memang cikla praktikkan sekarang. Maklumlah, since dah berpenyakit ni, baru nak sedar diri. Huhu... Walau apapun, alhamdullilah. Memang sekarang ni cikla kalau masak guna garam bukit tu je, without perasa lain macam cukup rasa, pasti sedap, wow sedap, amboi sedap ke tu.. Hehe. Selain tu, cikla akan guna madu sebagai pengganti gula.

Macam arwah mak mertua cikla, based pada kak ipar cikla cerita *cikla tak sempat pun nak jumpa mak mertua sebab masa berkawan dengan encik suami maknya dah meninggal. Al fatihah untuk mak mertuaku, dia akan tumbuk sedikit ikan bilis sebagai pengganti serbuk perasa macam sekarang ni.

Ada jugak orang menambah bahan semulajadi lain seperti rempah ratus dan  sayur-sayuran seperti lobak untuk menambah rasa masakan. Idea ni memang bagus kan sebab ia lebih selamat sekaligus baik untuk kesihatan.

Ketujuh : Elakkan dari menggunakan minyak masak berulang kali. 
Macam cikla sendiri, memang minyak masak tu cikla guna dua kali je, lepas tu buang. Kalau korang nak tau, minyak masak yang digunakan secara berulang kali mengandungi tahap kelikatan hidrokarbon yang tinggi. Keadaan ini akan menyebabkan saluran arteri tersumbat, hipertensi dan  kerosakan hati.

Kredit Majalah Mingguan Wanita.

Post a Comment

2 Comments

  1. Bab rebus ubi tu mmg rebus sekali dengan kulit... Rasanya lebih manis.. Minyak masak memamg guna 2 kali je maksimum... Lepas tu buang...

    ReplyDelete
  2. tak pernah lagi masak guna serbuk perasa tu

    ReplyDelete