Zaman sekarang ni semua orang ada telefon pintar kan? Bagi cikla, sudah menjadi kemestiaan pulak kena ada telefon pintar pada masa kini.
Kalau tak, memang nampak macam terasing je. Walaupun terlalu banyak jenama telefon pintar yang dijual di pasaran sekarang ni tak kiralah yang baru atau secondhand, sebagai pengguna kita kena bijak memilih telefon mana yang betul-betul terbaik.
Bak kata pepatah, 'Kalah membeli, menang memakai.'
Ada orang tak kisah pun kalau kena keluarkan modal atau duit lebih semata-mata untuk membeli telefon pintar yang diidamkan.
Tapi, sebenarnya mungkin bukan wang yang menjadi permasalahannya, tapi apakah telefon itu betul-betul bagus setanding dengan harga yang ditawarkan.
Jangan nanti, harap harga je mahal, tapi kualiti dan spesifikasi hampeh, ke laut terus!
Sejujurnya, cikla pun tak reti jugak bab-bab macam ni sebab encik suami yang belikan cikla telefon. Apa yang dibelikan, ku terima dengan hati yang terbuka. Haha.
Tapi, sebenarnya penting jugak ilmu pasal ni. Paling tak pun, masa membeli takdelah kita senang-senang ditipu kan. Betul tak?
- Jangan mudah terpedaya dengan 'pujuk rayu' iklan yang kita tengok tu. Kadang-kadang, iklan tu hanyalah gimik yang direka untuk menarikan perhatian penonton. Apa yang dirisaukan, macam mana iklan tu umpama 'indah khabar dari rupa?' Tak ke naya kan.
- Jangan mudah terpedaya dengan promosi jalan yang ditawarkan. Kita tengok, wah ada promosi sampai 70% potongan, tapi bila kita beli still mahal jugak sebab mungkin ada cas yang tersembunyi yang kita tak tahu.
- Elakkan dari membeli di kedai pertama yang korang singgah. Maksudnya, kalau kita nak beli sesuatu barang, mesti kita usha dulu kan harga dan kualitinya di kedai yang berbeza. So, jangan terus beli. Compare dulu beberapa kedai yang korang pergi, baru decide. Bukan apa, ini juga adalah salah satu cara elakkan kita dari tertipu. Manalah tau, kedai seterusnya yang kita masuk, menawarkan harga yang lebih rendah dari kedai yang first kita masuk tu. Tak ke rugi kalau kita terus beli, betul tak?
- Elakkan dari membeli peranti atau telefon pintar yang terlalu mahal atau terlalu murah. Bukan apa, walaupun telefon itu ditawarkan pada harga yang tinggi ia tak semestinya menawarkan spesifikasi yang terbaik. Dan, kalau telefon tu murah harganya tak semestinya ia tak dilengkapi dengan spesifikasi yang kita harapkan. So, pilihlah telefon yang mempunyai spesifikasi yang sesuai dengan korang.
- Zaman sekarang ni macam-macam jenama telefon ada. Apple, Samsung, Huawei, Lenovo, HTC, Nokia dan banyak lagilah. So, nak pilih telefon tak perlulah nak pilih yang berjenama. Cikla rasa jenama biasa-biasa pun ada yang dah setanding dengan jenama luar biasa tu. Betul tak? So, buat apa nak membazir duit beli benda yang boleh bagi kita 'hasil' yang bagus padahal kita boleh dapat lagi murah pun.
Semoga bermanfaat.
Kredit Ruangan Tip and Trik, IT@METRO.
0 comments: