Sebagai renungan kita bersama, semoga perkongsian ini memberi ikhtibar kepada kita semua. InshaAllah.
Kaum Nabi Nuh.
Nabi Nuh telah berdakwah selama 950 tahun, akan tetapi yang beriman hanyalah sekitar 80 orang saja. Allahu. Kaumnya telah mendustakan dan memperolok-olok Nabi Nuh.
Lalu, Allah mendatangkan banjir yang besar, kemudian menenggelamkan mereka yang ingkar, termasuk anak dan isteri Nabi Nuh (QS Al-Ankabut : 14).
Kaum Nabi Hud.
Nabi Hud diutuskan untuk kaum ‘Ad, tetapi mereka mendustakan kenabian Nabi Hud.
Lalu, Allah telah mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggegarkan seisi alam sehingga mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa. (QSAttaubah: 70, Al-Qamar: 18, Fushshilat: 13, Annajm: 50, Qaaf: 13).
Kaum Nabi Saleh.
Nabi Saleh diutuskan oleh Allah kepada kaum Tsamud. Nabi Saleh diberi sebuah mukjizat iaitu seekor unta betina yang keluar dari celah batu.
Namun, mereka (kaumnya) telah membunuh unta betina tersebut sehingga Allah menimpakan azab kepada mereka. (QS Al-Hijr: 80, Huud: 68, Qaaf: 12).
Kaum Nabi Luth.
Umat Nabi Luth terkenal dengan perbuatan menyimpang, iaitu melakukan hubungan sesama jenis (homoseksual dan lesbian). Nauzubillah.
Walaupun sudah diberi peringatan, mereka tidak mahu bertaubat. Akhirnya, Allah telah menurunkan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat disertai dengan angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka.
Lalu, kaum Nabi Luth ini akhirnya tertimbun di bawah runtuhan rumah mereka sendiri. (QS Al-Syu’araa: 160, An-Naml: 54, Al-Hijr: 67, Al-Furqan: 38, Qaf: 12).
Kaum Nabi Syuaib.
Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah kerana mereka suka melakukan penipuan dan dalam perdagangan (urusan jual beli).
Bila membeli, mereka minta dilebihkan dan bila menjual pulak mereka selalu mengurangi. Allah telah mengazab mereka berupa hawa atau cuaca yang sangat panas.
Walaupun mereka telah berlindung di tempat yang teduh, mereka tak mampu mengelakkan rasa panas itu. Akhirnya, mereka binasa. (QS At-Taubah: 70, Al-Hijr: 78, Thaaha: 40, dan Al-Hajj: 44).
Selain dari kaum Madyan, Nabi Syuaib juga diutus kepada penduduk Aikah. Mereka menyembah sebidang tanah yang pokok-pokoknya sangat rimbun. Kaum ini menurut sebahagian ahli tafsir disebut pula dengan penyembah hutan lebat (Aikah). (QS Al-Hijr: 78, Al-Syu’araa: 176, Shaad: 13, Qaaf: 14).
Firaun.
Kaum Bani Israil selalu ditindas oleh Firaun. Allah mengutus Nabi Musa dan Harun untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah.
Malangnya, Firaun mengingkari apa yang dikhabarkan malah dia mengaku sebagai Tuhan. Akhirnya, dia tewas di Laut Merah, tapi jasadnya berjaya diselamatkan.
Sehingga kini, jasad Firaun masih boleh disaksikan di musium mumia di Mesir. (Al-Baqarah: 50 dan Yunus: 92).
Ashab Al-Sabt.
Mereka adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestin). Mereka telah melanggar perintah Allah untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah telah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya.
Mereka meminta untuk mengalihkan ibadah pada hari lain, selain Sabtu. Mereka akhirnya dibinasakan dengan dilaknat Allah menjadi kera yang hina. (QS Al-A’raaf: 163).
Ashab Al-Rass.
Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama Al-Rass ditujukan kepada suatu kaum. Kononnya, nabi yang diutus kepada mereka adalah Nabi Saleh.
Namun, ada pula yang menyebutkan Nabi Syuaib. Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan (ada pula yang menyebut bin Shofwan). Waallahualam.
Mereka menyembah patung. Ada pula yang mengatakan, pengingkaran yang mereka lakukan adalah kerana mereka telah mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam sumur sehingga mereka dibinasakan Allah. (Qs Al-Furqan: 38 dan Qaf ayat 12).
Ashab Al-Ukhdudd.
Ashab Al-Ukhdud adalah sebuah kaum yang menggali parit dan menolak beriman kepada Allah, termasuk rajanya.
Sementara itu, sebahagian dari mereka yang beriman telah dimasukkan atau diceburkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yanga tengah mengandung seorang bayi. Perbuatan mereka telah dikutuk oleh Allah SWT. (QS Al-Buruuj: 4-9).
Ashab Al-Qaryah.
Menurut sesetengah ahli tafsir, Ashab Al-Qaryah (suatu negeri) adalah penduduk Anthakiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka.
Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras (kuat). (QS Yaasiin: 13).
Kaum Tubba’.
Tubaa’ adalah nama seorang raja bagi bangsa Himyar yang beriman. Akan tetapi, kaumnya pula sangat ingkar kepada Allah hingga melampaui batas.
Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa. Apa yang menariknya, peradaban mereka sangat maju dan salah satunya adalah sistem empangan air. (QS Addukhan: 37).
Kaum Saba.
Mereka diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pepohonan untuk kemakmuran rakyat Saba.
Akan tetapi, mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah diperingatkan oleh Nabi Sulaiman. Akhirnya, Allah menghancurkan empangan Ma’rib dengan banjir besar. (Al-Arim) (QS Saba: 15-19).
Kredit WhatsApp Group islamitu_indah.
0 comments: