'Ramadan, Bbulan yang suci. Nikmat yang indah dari Illahi.'
Alhamdullilah, kini tiba lagi bulan yang penuh berkat. Bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Bulan apa? Sudah semestinya bulan Ramadan. Syukurlah sebab kita semua masih diberi peluang menjalani ibadah puasa oleh Yang Maha Esa.
Gambar diubahsuai dari carian Google. |
30 menu lazat sepanjang Ramadan.
- Tilawah Al-Quran sejuzuk sehari paling kurang.
- Solat Terawih minima 8 rakaat setiap malam.
- Solat Witir minima 3 rakaat semalam.
- Beri makan orang berbuka puasa walaupun dengan sebiji tamar setiap hari.
- Solat fardhu 5 waktu berjamaah setiap hari.
- Tahajud setiap malam minimum 2 rakaat.
- Sunat Dhuha setiap pagi.
- Sedekah setiap hari minimum seringgit.
- Pastikan sahur setiap hari.
- Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.
- Tadarus Al-Quran sambil berusaha memahami maksudnya.
- Ziarah orang yang kurang bernasib baik.
- Kurangkan ziarah ke bazaar-bazaar Ramadan.
- Pilih makanan sunnah sebagai menu harian.
- Elakkan membeli makanan dari tangan-tangan orang yang fasik.
- Jauhkan aktiviti yang lagha.
- Zikir harian dan banyakkan berdoa.
- Lazimi bibir beristighfar sekurang-kurangnya 70x dalam sehari.
- Ajari diri dengan sifat rendah hati kerana Allah.
- Mudah memohon maaf, memberi maaf dan menjaga hubungan silaturrahim sesama kita.
- Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna.
- Menjaga lisan, pandangan, pendengaran dan hati dari perkara-perkara yang dilarang.
- Tidak berlebih-lebihan maupun membazir dengan makanan terutama juadah berbuka.
- Perbanyakkan amalan-amalan sunat, solat sunat rawatib.
- Lazimi sunnah Rasulullah yang ringan tulang dalam urusan rumah tangga (terutama suami dan anak-anak lelaki).
- Lazimi untuk kawal dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar.
- Lazimi lidah untuk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkan syukur kepada Allah di kala senang mahupun susah.
- Menjaga ikhtilat iaitu hubungan antara lelaki dan perempuan.
- Membayar zakat fitrah dalam waktu yang telah ditetapkan.
- Ikhlaskan hati kerana Allah. Hadirkan Allah di dalam hati, berusaha menjalani Ramadan kali ini dengan sebaik mungkin seolah-olah inilah Ramadan terakhir kita.
Bulan Ramadan tiba lagi. Selamat menjalani ibadah puasa semua! Sumber Google. |
Bulan Ramadan tiba lagi. Selamat menjalani ibadah puasa semua! Sumber Google. |
Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh tawaduk dan sabar. Semoga puasa kita diterima olehNya. Jom rebut peluang kumpul pahala banyak-banyak!
Kredit WhatsApp Group.
salam ramadhan.. semoga kita mendapat keberkatan darinya
ReplyDelete