'santai tapi sampai'

Kalau nak cerita pasal harga barang naik, rasanya tiap-tiap tahun pun macam tu kan. Tak naik banyak, naik sikit mesti punyalah. Kalau oran...

JOM PI PASAR! Nak jimat semasa berbelanja? Jom baca perkongsian menarik ni!

Kalau nak cerita pasal harga barang naik, rasanya tiap-tiap tahun pun macam tu kan. Tak naik banyak, naik sikit mesti punyalah. Kalau orang 'ada-ada', oklah. Takde rasa terkesan sangat. Tapi, kalau mereka dari golongan yang kurang berkemampuan? Adoiii.. Orang cakap, 'bagai jatuh ditimpa tangga lepas tu dihempap pasu bunga pulak tu.'! Tak ke parah tu!

Ironinya, keadaan ini sudah tentu membebankan mereka terutama mereka yang tinggal di bandar. Nak-nak pulak mereka yang berkeluarga besar. Memang terasa sangatlah peritnya harga barang yang semakin naik ni. Betul tak?

Bagi diri cikla sendiri, walaupun cikla duduk di kawasan kampung, tapi kadang-kadang terasa jugak bahang dan kesan kenaikan harga barang ni. Korang bayangkanlah, cikla berbelanja di kedai runcit je pun, sudah mencecah RM50. Itu belum lagi kalau pergi ke hypermarket atau pasar basah!

Ikan sekilo korang tengok berapa ringgit? Nilainya hampir menyamai harga seekor ayam. Kalau macam tu, baik makan ayam je. Tak gitu? Tapi, kalau hari-hari makan ayam, jemu jugak kan. Adoii, serba salah dibuatnya!

JOM PI PASAR! Nak jimat semasa berbelanja? Jom baca perkongsian menarik ni!
Gambar diubahsuai dari carian Google. 


Apakah tip mudah untuk berjimat semasa berbelanja? 

Cikla sebenarnya lebih suka beli lauk untuk 2 hingga 3 hari sekali. Bukan apa, malas nak pergi pasar hari-hari. Lagipun, bagi cikla ia lebih menjimatkan sebab kita boleh budget apa barang yang kita nak beli. Korang nak tau apa tip jimat yang cikla selalu guna bila berbelanja barangan dapur termasuk lauk pauk? Ini dia.

  1. Buat list barang apa yang beli. 
  2. Beli apa yang perlu dan penting je. Jajan-jajan lupakanlah ye. 
  3. Bawak duit cukup-cukup untuk beli barang yang nak dibeli. Korang agak-agak harga barang yang korang nak beli tu siap-siap. 
  4. Kalau boleh beli barang yang ada promosi. 
  5. Beza bandingkan harga barang yang kita nak beli di kedai yang berbeza, tengok mana yang murah. 
  6. Kalau korang warga Wilayah, korang beruntung sebab adanya kupon RM20 melalui program JOM PI PASAR! 

Wow, yang tip no. 6 tu macam menarik je. Korang nak tau tak apa yang menariknya tu? Hehe. Jeng jeng jeng. So, macam yang cikla dok bebel-bebel kat atas tadi tu, kalau korang nak tau, Kementerian Wilayah Persekutuan telah mengambil beberapa inisiatif yang diharapkan dapat membantu golongan berpendapatan rendah khususnya meneruskan kelangsungan hidup mereka terutama bagi mereka yang menetap di ibu kota. Salah satunya program JOM PI PASAR! ni lah dan ia hanya dilaksanakan di Wilayah Persekutuan je. Bunyi macam nenarik je kan?

JOM PI PASAR! Inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan bantu suri rumah berbelanja.

JOM PI PASAR! Tip ke 6 yang cikla share di awal penulisan cikla tadi. Tapi, Betul ke ia dapat membantu meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan khususnya dan keluarga mereka? Sejauh mana pula ia memberi manfaat kepada mereka? Wah, banyak persoalan yang berlegar-legar di benak ku ini... 

Cikla agak mungkin ada yang masih tak tahu lagi mengenai program ni. Padahal program nu telah dilancarkan since tahun lepas lagi. Untuk pengetahuan korang, Kementerian Wilayah Persekutuan telah melancarkan satu inisiatif yang cikla percaya semua orang terutamanya ibu-ibu  dan suri rumah, malah 'sura rumah' pun turut tersenyum lebar bila mengetahuinya.


Apa dia program JOM PI PASAR! ni sebenarnya ye? 

Pada yang belum tahu, menerusi program ini, seramai 150 orang pengunjung di pasar akan dipilih setiap bulan. Mereka yang bertuah ini akan menerima kupon sebanyak RM20 untuk mendapatkan barang keperluan mereka. 

'Apa? Dapat kupon free? Seronoknya.'


Kalau korang nak tau, kebanyakan kawasan di Kuala Lumpur, yang didiami oleh golongan yang berpendapatan rendah khasnya telah dikenalpasti bagi melaksanakan program prihatin ini. Salah satu kawasan yang terlibat adalah di Kondo Rakyat, Lembah Pantai. 

Macam yang cikla bagitau korang, program JOM PI PASAR! ini adalah untuk meringankan beban para ibu dan suri rumah khasnya untuk mereka merancang perbelanjaan keluarga mereka. Idea pemberian kupon RM20 ni memang kenalah sebab ia sememangnya sangat membantu mereka. 
Alhamdullilah, masih ada yang prihatin dan bertimbang rasa dengan nasihat orang lain... Syukurlah! 

'At least, lepas jugaklah duit belanja dapur. Walaupun tak banyak, ia membantu juga!' 

Rata-rata, suri rumah dan para ibu menyambut baik program ni. Bak kata pepatah, ‘umpama mengantuk, disorongkan bantal’. Program JOM PI PASAR! ni ternyata membantu mereka menghadapi keadaan kos hidup yang tinggi pada masa sekarang terutama bagi mereka yang tinggal di bandar. Mungkin ada sok sek sok sek (makcik pakcik bawanglah ni) yang cakap...

"Ala. RM20 je pun. Bukan boleh borong satu troli pun."

Memang, betullah RM20 tu nilainya tak besar mana, tapi bagi cikla setiap pemberian itu walaupun sedikit, itu juga rezeki dan rezeki Allah itu datang dalam pelbagai bentuk. Nah, inilah salah satunya! Macam yang cikla cakap, dapat jugaklah tokok tambah mana yang tak cukup!

Apa yang diharapkan, program JOM PI PASAR! ni dapat diteruskan sampai bila-bila dalam usaha membantu mereka yang kurang berkemampuan meringankan beban mereka dalam berbelanja. Usaha murni ini bukan saja dapat melahirkan rakyat yang sentiasa berjimat dalam perbelanjaan, malah ia jugak dapat mengeratkan hubungan sesama kita. InshaAllah!

Untungnya jadi orang Wilayah kan! Serba serbi dibantu. Nanti, jangan cakap 'abang tak payung' ye. Hihi.

19 comments:

  1. bagusnya tips ni....zaman sekarang kena jimat2 kan...kalau aada diskaun tu mmg terbaik lahh...

    ReplyDelete
  2. wau..boleh beli lebih lagi la barang kat pasar tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Membantu jugaklah kan walaupun sikit

      Delete
  3. Mengurangkan kos sara hidup seharian walau hanya RM20 shj

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah... At least mmbantu kan

      Delete
  4. sekarang ni harga barang kat pasar pun agak mahal ...
    dpt kupon rm20 ni, sedikit sebanyak membantu mengurangkan blanja dapur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Boleh tokok tambah mana yg kurang

      Delete
  5. Wahh untungnya orang wilayah..mmg la rm20 tue x banyak tp sekurang2nya dapat meringankan beban pd orang yg kurang berkemampuan..

    ReplyDelete
  6. best kupon ni walaupun rm20 je

    ReplyDelete
  7. tempat lain rasanya tak de lagi program macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Patut tmpt lain pun apply program ni...

      Delete
  8. Bertuah orang KL kan..kat tempat lain rasanya tak ada lagi program camni

    ReplyDelete