'Santai Tapi Sampai'

25 May 2018

Isu pengambilan ubat bagi pesakit yang perlu mengambil ubat sepanjang berpuasa.

Sebagai umat Islam, kita adalah wajib untuk menunaikan puasa di bulan Ramadan selama sebulan tak kiralah kira ‘sakit’ tapi masih mampu berpuasa. Bagi mereka yang perlu mengambil ubat setiap hari, mungkin keadaan ni kadang-kadang boleh menyebabkan mereka confuse tentang bagaimanakah kita perlu mengubati rutin mengambil ubat semasa berpuasa. 

Apa yang terbaik, berbincanglah dengan doktor masing-masing untuk saranan terbaik! Untuk pengetahuan korang, pesakit yang beragama Islam memang akan diberi kelonggaran dalam menunaikan kewajipan yang satu ini sama ada dia memang tak mampu atau memang tak digalakkan langsung untuk berpuasa demi kesihatan. 

Kalau korang nak tau, biasanya ada dua isu yang biasanya wujud iaitu mengenai perubahan masa pengambilan ubat termasuklah dos ubat tersebut, di samping pengambilan sesetengah jenis ubat yang dikhuatiri boleh menyebabkan puasa terbatal atau dibenarkan semasa berpuasa. Jom check satu persatu... 



Isu pengambilan ubat bagi pesakit yang perlu mengambil ubat sepanjang berpuasa.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Sebelum atau selepas makan.

Bagi ubat yang perlu diambil SEBELUM makan, waktu terbaik yang digalakkan adalah 1 JAM sebelum bersahur, sebelum mengambil makanan utama semasa berbuka atau 2 JAM selepas berbuka. Manakala, bagi ubat yang diambil selepas makan, bolehlah diambil selepas bersahur dan berbuka.

Sekali sehari.

Macam cikla, cikla perlu mengambil thyroxine setiap hari walaupun di bulan puasa. Kalau tak memang lesu, lemah, longlailah badan ni di tambah pulak keletihan semasa berpuasa kan. So, cikla ambil ubat 2 jam sebelum bersahur. Cikla bersahur dalam pukul 5 gitu, so untuk mengambil ubat pukul 3 cikla dah bangun. 

Ada orang yang mengambil thyroxine 1/2 jam atau 1 jam sebelum makanan pertama masuk dalam perut, tapi cikla memang dah biasa ambil 2 jam. Ikut masing-masing punya badanlah ye. Tapi korang jugak boleh ambil ubat sewaktu berbuka jugak. Apa yang penting korang kena pastikan waktu pengambilan ubat tersebut mestilah konsisten.

Dua kali sehari.

Bagi mereka yang mengambil ubat dua kali sehari, sebaiknya korang mengambilnya sewaktu berbuka dan bersahur. Tolong jangan sambal lewa tentang arahan pengambilan sebelum atau selepas makan. Ikut aturan yang telah dijelaskan.

Tiga kali sehari.

Untuk mereka yang perlu mengambil ubat 3 kali sehari, masa yang dicadangkan adalah semasa bersahur, semasa berbuka dan sebelum tidur. Jelas?

Empat kali sehari.

Bagi mereka yang perlu mengambil ubatan seperti ini, apa yang terbaik berbincanglah dengan doktor dan ahli farmasi yang berkenaan. Bukan apa, korang mungkin dinasihatkan untuk tak berpuasa demi kesihatan. Apa yang penting jangan ubah dos ubat sendiri! Please alert!

Jenis ubat yang boleh membatalkan puasa. 
  1. Ubat jenis makan dan minum. 
  2. Pesari yang dimasukkan ke dalam faraj.
  3. Eneme atau suppository yang dimasukkan ke dalam dubur.
  4. Bius penuh yang mana ia akan menyebabkan pesakit tak sedar.

Jenis ubat yang tak membatalkan puasa. 
  1. Ubat jenis titis mata dan telinga, tapi dengan syarat ia tak sampai ke gegendang telinga.
  2. Tablet sublingual (di letak di bawah lidah).
  3. Suntikan sama ada melalui lapisan kulit, otot, sendi atau salur darah.
  4. Ubat sapu.
  5. Ubat kumur.
  6. Ubat semburan (spray) hidung tanpa disedut.
  7. Bius sama ada setempat atau separuh.
  8. Penggunaan ubat buasir dengan memasukkan semula kawasan buasir pada tempatnya tanpa melibatkan kawasan rongga yang dalam.

Nota kaki : Isu berkaitan dengan penggunaan inhaler semasa berpuasa. Korang boleh baca hujah lengkap mengenai isu ini di SINI

Kredit Fahmi Hassan, Pegawai Farmasi

1 comment:

  1. kalau 4x sehari maksudnya tahap kronik la tu kan

    ReplyDelete