Tahniah Pakatan Rakyat, menang besar dalam PRU14 untuk bentuk kerajaan baru.

By Cikla Shahril - May 10, 2018

Cikla jarang kongsi cerita pasal politik ni sebab bagi cikla cerita-cerita sebegini sangat sensitif bagi sesetengah orang. Lagipun, cikla bukanlah orang yang arif pasal ni. 

Takut nanti apa yang dikongsikan tu jadi punca kepada perkara yang kurang baik dan perbalahan. Maklumlah, bukan semua orang mempunyai pendapat yang sama.

Tahniah Pakatan Rakyat, menang besar dalam PRU14 untuk bentuk kerajaan baru.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Rasanya, semua orang tau kot apa yang berlaku semalam. Pakatan Rakyat, yang diketuai oleh Tun Dr. Mahathir menang bergaya dalam meraih majoriti mudah dengan 121 kerusi parlimen, menewaskan Barisan Nasional yang mendapat 79 kerusi.

Tun Dr. Mahathir pun dah mengangkat sumpah sebagai PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-7!

Tengok! Begitu kuatnya kuasa demokrasi. Mungkin inilah masanya rakyat bangkit mahukan 'perubahan' yang lebih baik dari sebelumnya. 

Bukan kita nak menafikan segala kemajuan yang dilakukan oleh kerajaan sebelum ni, tapi ini menunjukkan masih ada lagi yang rakyat mahukan dari pemerintah mereka. 

Jangan fikir selama ini rakyat kelihatan hanya banyak berdiam dan seakan 'merelakan' apa yang berlaku.

Diam-diam ubi berisi. Nah, Inilah hasilnya.

Cikla agak PRU14 ni adalah pilihan raya yang paling mengujakan dan mendebarkan sepanjang hayat. 

Mana taknya, rakyat sanggup menunggu keputusan penuh sehingga jam 3 pagi! Korang bayangkanlah, sanggup bercekang mata. *cikla pun.

Tapi, apa yang cikla nak ingatkan dalam kita bergembira meraikan kewujudan kerajaan baru ni, jagalah tutur kata ketika melontarkan komen atau kata-kata mengenai hal ini. 

Bukan apa, jagalah hati orang tua kita yang menyayangi BN dan UMNO sebab zaman mak ayah kita susah dulu, keduanya banyak bantu diaorang. So, watch out every single word yang korang nak lontarkan tu. *mak cikla sedih bila tau BN tewas. Huhu.

"Ya, anak muda mahukan perubahan tapi bila orang tua menangis bila dapat tahu keadaan begini. Kau perlu faham apa yang bakal terjadi."(unknown)

Pendapat cikla, rakyat bukan tak sukakan sesuatu parti itu tapi pemimpin di dalamnya. Buruk baik parti dicorakkan oleh pemimpinnya. Bak kata pepatah, sebab nila setitik, rosak susu sebelanga.

Adat dalam pertandingan, ada kalah dan menang! 

So, apa yang terbaik elakkan provokasi dan perli memerli. Apa yang penting tumpukan kepada tujuan dan arah yang sebenarnya. Kami rakyat marhaen hanya mahukan perubahan yang lebih baik dan mahu menuntut janji-janji yang dicanangkan. Buktikan yang kerajaan baru ni lebih baik dari yang sebelumnya. 

45 insentif Pakatan Harapan.
  1. Gaji Penjawat Awam/Pesara dan Bonus di tingkatkan.
  2. Gaji Penjawat Swasta bermula Minimum RM1500.
  3. Elaun Kebajikan/ Oku/Ibu tunggal Di tingkatkan untuk Minimum permulaan RM800 - RM1000. 
  4. Bantuan pasangan berkahwin RM500 Seorang untuk perkahwinan pertama.
  5. Lesen motosikal Percuma.
  6. Mansuh GST.
  7. Stabilkan Harga minyak di bawah paras RM1.50 seliter.
  8. Bantuan Pendidikan Percuma.
  9. Bantuan Pesakit Buah Pinggang,pesakit Jantung Bagi rawatan berkos Tinggi.
  10. Subsidi Air percuma dan Bil Elektrik.
  11. Mansuh PTPTN dan nikmati biasiswa/ pendidikan percuma.
  12. Salur Agih kekayaan mengikut kawasan dan daerah tercicir pembangunan.
  13. Wifi percuma Berkelajuan Tinggi Bandar serta Luar Bandar.
  14. Menstabilkan harga barang.
  15. Bantuan Duit Dapur bagi isi rumah berkahwin/ ibu tunggal  kepada Rakyat Miskin serta berpendapatan rendah sebanyak RM250 sebulan.
  16. Kad Peduli sihat Rakyat setahun RM500.
  17. Pinjaman Peribadi Penjawat Awam untuk tempoh 10 Tahun di naikan semula kepada 20 Tahun bayaran.
  18. Royalti Minyak kepada negeri negeri di tingkatkan Royalti.
  19. Mencegah Ketirisan khazanah negara serta mengagih kekayaan kepada Rakyat.
  20. Menghapuskan Tol di seluruh Malaysia.
  21. Harga kereta baru lebih rendah serta cukai kereta import di turunkan.
  22. Mewujudkan Peluang Pekerjaan lebih banyak.
  23. Mewujudkan peluang mesra usahawan/Peniaga kecil serta pinjaman mudah.
  24. Bantuan Persekolahan tahunan kepada Pelajar sebelum sekolah di buka tahun baru.
  25. Cukai insuran kereta di turunkan kepada kenderaan di bawah 1500CC.
  26. Memperbanyakan Rumah mampu milik bawah RM100,000 dengan insentif bantuan kerajaan.
  27. Siaran EPL Percuma kepada Rakyat Malaysia.
  28. Mengutamakan wang poket Rakyat mencukupi.
  29. Agihan Percuma Sekampit Beras setiap bulan kepada setiap isi rumah berkahwin miskin serta berpendapatan rendah.
  30. Insentif tunai Kelahiran Baru. 
  31. Insentif tabung Pendidikan Awal kepada bayi, kanak-kanak hingga dewasa.
  32. Menarik pelabur asing lebih banyak.
  33. Menjadikan malaysia dan Rakyat berpendapatan tinggi menjelang 2020.
  34. Mengurangkan kos sara Hidup Rakyat.
  35. Khidmat kesihatan Percuma.
  36. Sistem Giliran Perdana menteri hanya 2 penggal.
  37. Menjadikan badan SPRM. Bebas serta lapor terus kepada Parlimen.
  38. Gaji Anggota Polis/Tentera akan di tingkatkan bagi meminima salah guna kuasa serta rasuah untuk golongan pasukan pertahanan/penguatkuasa undang undang.
  39. Menaik taraf kehidupan Rakyat.
  40. Menaik taraf infrastruktur kuarters Tentera dan Polis dengan lebih baik.
  41. Menghadkan campurtangan Perdana menteri terhadap jabatan jabatan kerajaan dan Syarikat GLC.
  42. Menghapuskan saman tertunggak pesalah lalulintas terutama kepada pesalah kesalahan Tiada lesen motosikal.
  43. Memansuhkan sistem AES. 
  44. Memberi kelonggaran berpolitik kepada seluruh Rakyat Malaysia.
  45. Mengembalikan wang Rakyat 1MDB di luar negara kepada Rakyat Malaysia.

*Cikla paling suka yang no. 11 tu. Hihi...

Diharap mereka yang berkenaan akan mengotakan semua janji-janji ini. Jangan pulak nanti orang cakap hanya menanam tebu du tepi  bibir dengan menabur janji-janji manis atau janji hanya tinggal janji.

Walau apa pun, bagi cikla keputusan ini terhasil disebabkan oleh 'pengorbanan' yang dibuat oleh rakyat. So, hargailah ia jangan disia-siakan. Peluang yang baik tidak akan datang berkali-kali!

Semoga Allah memberkati rakyat dan negara kita yang tercinta ini, MALAYSIA!

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. Yea tahniah kepada team Tun M, ternyata jentera gabungan tua dan muda berjaya, rakyat dah sampaikan apa yg dikehendaki. Semoga MalaysiaBaru menjurus ke arah lebih memberangsangkan kehidupan kita. Amin

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. smoga kita smua bersatu. amin

    ReplyDelete