Macam puasa korang hari ni? Ok tak? Letih sangat ke rasa biasa-biasa je. Macam cikla, hari kedua puasa ni oklah je la. Takde letih sangat. Lagipun, hari ni cuaca mendung je, so macam best je la kan. Alhamdullilah. Kalau korang rasa letih, tak bermaya dan penat sangat, apa kata korang try praktikkan 8 tip berikut supaya korang kekal cergas dan aktif sepanjang korang berpuasa. Jom semak tip tersebut!
Gambar diubahsuai dari carian Google. |
Minum air 8 gelas sehari.
Mesti korang selalu dengar orang selalu cakap kita mesti mengambil air yang secukupnya setiap hari. Ye, itu memang betul! Kita sangat digalakkan untuk meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air. So, sepanjang kita berpuasa ni, kita mestilah meminum air secukupnya iaitu selepas berbuka hingga sebelum sahur. Pengambilan air kosong adalah sangat bagus. Tapi, selain dari minum air kosong, korang boleh mengambil 'air' dalam bentuk dalam masakan seperti sup, jus buah tanpa gula atau buah-buahan dan sayuran yang mengandungi banyak air seperti tomato, timun, salad, tembikan, dan oren.
Mengurangkan pengambilan gula dalam makanan.
Sebaiknya korang elakkanlah minuman manis dan berkarbonat kerana minuman manis mengandungi campuran gula yang tinggi termasuk di dalam jus buah dan air berkarbonat. Lagipun, keadaan ini boleh menyebabkan masalah hipoglisemia iaitu paras gula dalam darah yang turun terlalu rendah daripada biasa disebabkan oleh insulin yang digunakan terlalu banyak terutamanya di waktu subuh. So, ia akan menyebabkan korang menjadi cepat letih dan susah bak tahan lapar sepanjang hari korang berpuasa.
Mengurangkan pengambilan kafein.
*Ala, yang ni cikla suka. Apa yang bagusnya, korang cubalah elak dari mengambil minuman teh atau kopi semasa bersahur sebab kedua-duanya mengandungi tinggi kafein yang mana ia bersifat diuretik. Begitu jugak dengan minuman berkarbonat yang juga mengandungi kafein. Untuk pengetahuan korang, diuretik akan merangsang pembentukan urin daripada buah pinggang. So, ia akan memaksa badan kita singkirkan air dan garam dengan banyak melalui air kencing. Keadaan ini akan menyebabkan kita selalu kencing.
Kesan dari keadaan itu, badan kita akan mengalami dehidrasi (kehilangan air yang banyak semasa berpuasa). Tanda dehidrasi adalah seperti mulut kering, rasa terlalu haus, air kencing pekat, cepat letih dan mengantuk, kulit kering, pening kepala dan sebagainya.
Mengurangkan pengambilan garam.
Kalau korang nak, garam juga boleh menyebabkan korang mengalami masalah kehilangan air dengan cepat semasa berpuasa. So, nanti badan korang akan jadu cepat letih dan asyik haus je. Memang agak mustahil jugakkan kita nak elakkan terus garam, tapi paling tak pun kita kurangkan pengambilannya.
Banyakkan sumber protein dan serat.
Sebenarnya, ketahanan kita berpuasa pada siang hari adalah bergantung pada apa yang kita makan masa bersahur. Penentuan diet atau menu yang seimbang dan sesuai sangat penting.
Lepas ni apa kata korang ubah sikit menu korang tu kepada menu yang tinggi protein serat dan fiber supaya ia dapat memberikan korang lebih tenaga semasa korang berpuasa nanti.
Kredit : SINI
Thx for sharing this. Pg td ter minum nescafe plk
ReplyDelete