Dulu cikla suka pakai pelembap bibir, tapi sekarang dah kurang pakai. Tapi, ada orang lebih suka memakai pelembap bibir daripada memakai lipstick terutama bagi mereka yang sentiasa mengalami masalah bibir pecah dan menggelupas kerana fungsi pelembap bibir adalah untuk melembapkan. Tapi, kalau korang nak tau ada pakar yang mengatakan ada pelembap bibir yang membuatkan bibir kita semakin kering.
Menurutnya, pelembap bibir yang mengandungi hyaluronic dan emollients adalah bahan yang boleh membantu kulit bibir. Sebenarnya, ada beberapa sebab mengapa kulit bibir menjadi kering dan pecah, termasuklah faktor persekitaran yang mana sentiasa terdedah kepada sinar matahari dalam tempoh yang lama. So, cari pelembap bibir yang mengandungi humectants yang boleh membantu mengekalkan kelembapan bibir.
Gambar diubahsuai dari carian Google. |
- Cari pelembap bibir yang mempunyai nilai SPF15 dan ke atas sebab ia penting bagi melindungi bibir korang dari kerosakan yang disebabkan cahaya matahari.
- Mengandungi zinc oxide iaitu agen topikal yang dikatakan mampu menghalang cahaya matahari dari kesan kerosakan olehnya.
- Pilih pelembab bibir yang bebas dari bahan kimia dan tanpa bau (aroma) sebab ada orang yang alergik kepada chemicals dan aroma di dalamnya.
- Kalau boleh, jangan beli pelembap bibir yang mempunyai 'rasa' sebab bila memakainya ia akan membuatkan korang terus menjilatnya. Perbuatan ni bukan melembapkan bibir pun, malah bibir jadi lebih kering!
- Apa yang bagus korang beli pelembap bibir yang takde kandungan fenol atau minyak peppermint sebab kedua-duanya bukannya membantu melembapkan bibir korang secara max pun. Kalau korang nak tau, fungsi fenol dan minyak peppermint adalah untuk memudahkan proses pengelupasan kulit kering di bibir.
- Pilih pelembap bibir yang mengandungi emmolient (ada dalam shea butter, beeswax, minyak jojoba dan minyak badam) sebab ia boleh berfungsi secara semulajadi melembapkan bibir di samping menjaga kesihatan bibir jugak.
- Kalau korang mengalami masalah bibir pecah, elok guna pelembap bibir yang ada kandungan synthetic ceramides yang mana ia mampu mengembalikan kelembapan bibir dan berfungsi sebagai sunblock untuk kulit bibir kita.
Kalau kita asyik apply pelembap bibir tapi tak 'jaga' pun bibir kita baik-baik, pun tak guna jugak kan. Betul tak? So, jom try tip berikut untuk mendapatkan bibir yang sihat, iaitu :
- Jangan merokok.
- Pastikan produk perawatan bibir bersifat hipoalergik yang mana ia tak menyebabkan alergik dan tak mengandungi bahan kimia yang kuat. Juga pastikan ia tak mengandungi bahan kimia terlarang.
- Sapu pelembap bibir 2 kali sehari.
- Minum air putih secukupnya.
- Berhenti menjilat bibir.
Kredit Harian Metro.
sha guna pelembab bibir dari nivea. dulu mmg bibir kering, lepas guna tu bibir sentiasa moist je
ReplyDelete