'santai tapi sampai'

InshaAllah, lagi 2 hari semu rakyat Malaysia akan keluar mengundi. Korang dah daftar ke belum? Bagi diri cikla sendiri, alhamdullilah ini a...

Langkah-langkah yang korang kena tahu sebelum, semasa dan selepas mengundi.

InshaAllah, lagi 2 hari semu rakyat Malaysia akan keluar mengundi. Korang dah daftar ke belum? Bagi diri cikla sendiri, alhamdullilah ini adalah kali ketiga cikla mengundi. Walaupun pernah mengundi sebelum ni, tapi tetap rasa teruja. Iyelah, inilah masanya kita menggunakan kuasa kita untuk memilih pemimpin dan peneraju pembangunan negara yang berwibawa. Hashtag kuasa rakyat, hehe.

Bagi mereka yang baru pertama kali mengundi, mesti korang masih tercari-cari step atau langkah-langkah yang perlu korang lakukan semasa proses pembuangan undi dijalankan. So, jom baca apa yang cikla nak share ni baik-baik. Info ini adalah berdasarkan dari perkongsian Dato. Dr Rushdan Noor di laman facebook milik beliau. 

Langkah-langkah yang korang kena tahu sebelum, semasa dan selepas mengundi.  

(1) Sebelum mengundi.

* Datanglah ke tempat mengundi seawal yang boleh. Kalau boleh awal pagilah. Bukan apa, kalau korang datang awal ini dapat mengelakkan 'undi hantu' di mana orang lain akan mengambil identiti korang untuk mengundi. 

Untuk pengetahuan korang, waktu mengundi adalah bermula dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang. 

* Pusat mengundi akan ditutup tepat pada pukul 5 petang. So, korang disarankan supaya datang awal ke pusat mengundi pada masa yang ditetapkan atau paling kurang pun 30 minit sebelum pusat mengundi ditutup. 

* Tidak ada sesiapa pun yang dibenarkan menagih undi di dalam lingkungan 50 meter dari pusat mengundi. Apa  yang korang boleh lakukan bila melihat perkara sebegini berlaku adalah laporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. 

* Korang boleh dapatkan maklumat mengenai saluran mengundi dan no mengundi korang dari Barung SPR. Korang jugak boleh menyemak mengenai ini di mySPR Semak. 

* Sila bergerak ke saluran yang telah ditetapkan. Korang juga dilarang menghalang orang lain untuk membuang undi. 

(2) Semasa di dalam saluran. 

Di dalam kawasan di mana saluran yang telah ditetapkan, korang akan lalu di beberapa bahagian (rujuk gambar di bawah), iaitu :

Langkah-langkah yang korang kena tahu sebelum, semasa dan selepas mengundi.
Langkah-langkah yang korang kena tahu sebelum, semasa dan selepas mengundi.  

* kerani 1, kerani 2, kerani 3 dan kerani pengundian. 
* Petak undi (tempat untuk memangkah undi). 
* Peti undi (tempat untuk meletak kertas undi setelah dipangkah). 

Terdapat ejen tempat mengundi dan ketua tempat mengundi. 

(3) Untuk mereka yang OKU (Orang Kurang Upaya).

* Kalau korang mempunyai famili yang kurang upaya seperti buta dan tak dapat memangkah sendiri, pastikan dia dibantu oleh seseorang yang dipercayai (ahli keluarga) untuk mengundi. 

* Korang akan diminta mengisi Borang 10 kalau korang membantu seseorang untuk mengundi. 

* Kalau pengundi OKU yang mana dia tak dapat ke tingkat atas untuk mengundi, dia masih boleh mengundi kerana terdapatnya mekanisme yang membolehkan dia mengundi di Saluran 1. 

Apa yang berlaku ketika korang di bahagian saluran yang ditetapkan? 

Kerani 1.

* Nama korang akan disemak di daftar pemilih dan pengikhtirafan muka terhadap MyKad korang akan dilakukan. 

* Kemudian, jari korang akan di check untuk melihat kalau ada sebarang tanda dakwat sebelum korang ke kerani 2 untuk proses penandaan jari dengan menggunakan dakwat kekal. 

* Nombor mengundi, nombor IC dan nama korang akan dipanggil  semasa korang menandakan jari korang ke atas dakwat kekal. 

Kerani 2.

* Pastikan nama dan no. IC korang yang dipanggil itu betul semasa proses penandaan jari dengan dakwat kekal dilakukan.

* Korang boleh mengambil tisu dari kerani 2 untuk membersihkan jari korang tu tapi dakwat tersebut tak akan padam sepenuhnya. Apa yang korang kena alert adalah jangan kotorkan kertas undi korang dengan sisa dakwat tersebut. Hati-hati ye! 

* Kalau korang kidal (macam cikla), korang kena bagitau supaya jari kanan korang yang akan didakwatkan nanti. 

Kerani 3.

* Pastikan kerani 3 tidak mempunyai pensel di tangannya dan dia tak menulis apa-apa pada kertas undi korang ataupun di luar buku kertas undi. Kalau korang nampak kerani 3 melakukan apa-apa yang mencurigakan, segeralah bersuara dengan kuat untuk menarik perhatian ejen undi dan ketua tempat mengundi. 

* Bila kertas undi diterima, segeralah memyemak kertas undi tersebut agar ia bebas dari sebarang tanda atau tulisan. Senang cakap bersih sebersih bersihnya. Kalau sebaliknya berlaku, minta je kertas undi yang baru. Jangan korang padam pulak sebab perbuatan ini akan mengotorkan kertas undi. 

* Apa yang korang kena ingat, kertas undi yang 'bermasalah' akan diganti sekali sahaja. Pastikan ketua tempat mengundi membatalkan kertas undi yang salah dan disaksikan oleh ejen pengundi. 

* Jangan bagi sesiapa pun 'membetulkan' undi korang sebab kalau sebaliknya berlaku  undi korang di kira rosak!

* Perlu diingatkan, tiada siapa yang boleh mempengaruhi  undi korang tu. 

Semasa di kawasan petak undi. 

* Pangkah tanda 'X' dalam kotak. Untuk pengetahuan korang, saiz 'X' adalah tak penting selagi pangkah korang tu berada dalam kotak dan tak melebih garis. 

Semasa di peti undi. 

* Lepas korang dah pangkah kertas undi tersebut, masukkan kertas tersebut dalam peti undi yang disediakan mengikut tanda pada peti tersebut iaitu 1 peti untuk Parlimen dan 1 untuk Dewan Undangan Negeri. 

* Undi korang adalah RAHSIA. So, korang dilarang mengambil gambar undi korang tu dan berkongsi pulak gambar tersebut di media sosial. Kekonon nak mention 'done mengundi'! Huhu, jangan cari pasal tau. Ingat tu.

Selamat mengundi korang! Buatlah pilihan dengan bijak demi kesejahteraan negara kita yang tercinta ini! 

1 comment: