'Santai Tapi Sampai'

30 May 2018

3 tip mudah yang boleh dipraktikkan untuk mengambil gambar yang cantik.

Cikla percaya, kebanyakan blogger pasti mahukan gambar atau foto yang memukau untuk dimulakan di dalam blog mereka. Bukan apa, bagi cikla foto yang cantik adalah salah satu trik untuk menarik pembaca stay lebih lama di blog kita. 

Dan lepas ni, mereka akan sentiasa singgah di blog kita untuk mencuci mata. Hehe. Walaupun wujud peranti pintar dengan kesan bokeh bagi menghasilkan gambar yang lebih cantik dan berkualiti, namun ada sesetengah tak mahir menggunakannya. 

Alah, macam mana ni. Ada tip tak?

3 tip mudah yang boleh dipraktikkan untuk mengambil gambar yang cantik.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Pastikan jarak yang betul antara subjek dan background.
Untuk pengetahuan korang, hal yang terpenting adalah semasa korang mahu mengambil gambar pastikan peranti korang itu dipegang dengan betul dan selesa. 

Bagi jarak yang ideal dan terbaik, pastikan korang berada pada jarak antara 50 ke 200 meter dari subjek. Jarak ini berbeza malah mungkin lebih besar untuk telefon pintar yang lain seperti Galaxy Note 8 dan iPhone 8 Plus.

Gunakan background yang sesuai. 
Elakkan dari meletakkan subjek foto di hadapan background yang kelabu. Adalah sangat tak cantik, bila background nampak sama kalau subjek nampak blur. 

Apa yang terbaik, carilah background dengan pencahayaan yang sesuai.

Bingkai atau framing.
Kalau korang menggunakan mod potret, korang tak digalakkan untuk meletakkan individu tersebut secara langsung di tengah gambar. 

Seeloknya, letak kan individu tersebut di sisi bingkai kamera. Gunakan rule of third untuk mendapatkan kualiti gambar yang lebih memuaskan.

Kredit Ruangan Tip & Trik, IT@METRO.

1 comment:

  1. aida memang kurang arif bab ni, cikla.
    thn depan, aida da suruh Nurin join kelab fotografi.
    ari tu dia nak join, da penuh.
    dia kata best, cikgu ajar cara amik gambo :)

    ReplyDelete