'Santai Tapi Sampai'

30 May 2018

6 tip penjagaan komputer riba atau laptop yang perlu korang tahu.

Cikla agak, pada zaman moden dan berteknologi ni pasti semua orang memiliki at least sebuah laptop selain dari gajet lain seperti telefon pintar dan sebagainya. Betul tak? 

Begitu jugak dengan cikla. Cikla jugak mempunyai sebuah laptop yang menjadi teman di kala cikla gigih menaip entri untuk dimuatkan dalam blog tersayang. 

Tapi, cikla mengaku yang cikla agak kurang arif dalam hal-hal yang melibatkan laptop ni selain dari tip penjagaan yang basic. Korang macam mana pulak? 

Adakah korang jugak macam cikla, zero mengenai hal ni atau korang ada jugaklah ambil tahu serba sedikit mengenai penjagaan laptop secara keseluruhannya? 

Secara umumnya, penjagaan laptop adalah melibatkan 6 perkara penting iaitu bateri, keyboard (papan kekunci), skrin LCD, haba panas, surge protector dan port.

6 tip penjagaan komputer riba atau laptop yang perlu korang tahu.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Bateri.
Untuk menjadi bateri yang lebih tahan lama, elakkan dari menggunakan bateri dengan berlebihan. Apa yang terbaik, gunakanlah kuasa direct dari punca elektrik. *alamak, cikla selalu buat ni sebab malas nak pasang plug laptop. Tak boleh rupanya. 

Ini kerana, laptop akan lebih sejuk tanpa haba dari bateri dan kalau bateri sudah habis dicas, korang digalakkan menggunakan kuasa dari adapter

Apa yang paling penting, sila pastikan bateri berada di bawah 10% sebelum dicas semula sebab kalau laptop selalu sangat dicas, ia menyebabkan bateri akan hilang keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50%.

Keyboard atau papan kekunci.
Kalau korang tak menggunakan laptop, apa yang disarankan adalah dengan meletakkan sekeping kertas A4 di atas keyboard untuk menghindarkan keyboard dimasuki habuk. Wah, boleh dipraktikkan ni. 

Selain itu, laplah keyboard laptop korang tu sekali sekala secara perlahan-lahan. Jangan kasar sangat sebab kekasaran korang tu akan menyebabkan butang kekunci rosak. 

Apa yang terbaik, gunalah keyboard dan mouse yang berasingan supaya kita tak terlalu kerap menggunakan keyboard laptop kita.

Skrin LCD.
Penjagaan skrin jugak penting. Korang sangat digalakkan mengelap skrin laptop sebab ia sangat mudah dimasuki habuk. Jangan lupa guna skrin saver dan setkan power management pada keadaan 'Turn Off monitor in... minutes'. 

Jangan sesekali menyentuh skrin dengan jari sebab kesan jari yang berminyak akan menjadikan pembersihan skrin jadi sukar selain ia akan menyebabkan 'Dead pixel'.

Haba panas. 
Korang mestilah memastikan laptop korang mempunyai ruang untuk menyingkirkan haba panas dan perlu juga diingat yang mana laptop mempunyai ruang simpanan yang kecil.

Surge protector. 
Surge protector? Haaa, yang ni cikla baru tau. Hehe. Untuk pengetahuan korang dan cikla jugak, fungsi surge protector adalah untuk menjaga perisian atau software dan perkakasan daripada rosak. 

So, korang sangat digalakkan untuk menggunakannya bagi menjaga perkakasan dalaman laptop korang. 

Selain itu, surge protector jugak penting untuk menjaga pemacu cakera keras (HDD) termasuklah punca kuasa (power supply).

Port.
Penjagaan port jugak penting dengan membersihkannya selalu sebab ia sangat mudah dimasuki habuk. Guna berus yang sesuai, contohnya berus gigi lama. 

Apa yang penting, korang kena pastikan suis di off terlebih dahulu semasa proses pembersihan dilakukan. Kang tak pasal-pasal kena short circuit pulak kang!

Kredit HM 1klassifields.

1 comment: