Suka makan buah tembikai? Korang memang sudah membuat pilihan yang bijak!

Rasanya semua orang kenal dan pernah makan buah tembikai kot. Buah tembikai atau nama saintifiknya Citrullus Lunatus ini antara buah kegemaran cikla jugak. Rasanya yang sedap dan penuh berjus memang sentiasa membuka selera lebih-lebih lagi kalau minum time cuaca panas. Rasa sejuk lalu ditekak. Macam buah-buah yang lain, tembikai jugak kaya dengan pelbagai zat dan nutrien yang bagus untuk kesihatan. 

Walaupun secawan jus tembikai mengandungi 46 kalori, namun ia kaya dengan vitamin C, A dan banyak lagi nutrien yang menyihatkan. Kalau nak buat jus tembikai, kalau boleh tak payahlah korang tambah gula kat dalamnya sebab buah ni memang dah cukup manis. Semanis senyumanmu padaku, gitu. Hahaha.

Suka makan buah tembikai? Korang memang sudah membuat pilihan yang bijak!
Suka makan buah tembikai? Korang memang sudah membuat pilihan yang bijak! Kredit Google.

Jom kita check apakah manfaat tembikai untuk kesihatan kita.

Sumber penghidaratan yang baik untuk badan.

Kita semua tau minum air secukupnya memang sangat disarankan untuk kebaikan badan kita. Namun, kalau kita mengambil makanan yang tinggi kandungan air pun bagus jugak, contohnya buah tembikai yang mengandungi 92% air. So, ia akan membantu kita merasa lebih kenyang bila memakannya. Gabungan air dan serat ni bermakna kita memakan sejumlah makanan yang baik tanpa kita perlu menambah kalori. Itu yang penting kan? Betul tak?

Kaya dengan nutrien dan sebatian tumbuhan yang baik.

Secawan buah tembikai mengandungi pelbagai zat seperti Vitamin C, A, B1, B5, B6, kalium dan  magnesium, Ia jugak kaya dengan karotenoid termasuk beta karotena dan likopen ditambah pulak dengan asid amino dikenali sebagai citrulline yang penting untuk kesihatan.

Membantu perbaiki kesihatan jantung.

Ada beberapa zat dalam tembikai yang bagus untuk kesihatan jantung. Bahkan ada kajian mengatakan likopen mampu membantu menurunkan kadar kolesterol dan tekanan darah di samping mampu membantu cegah kerosakan oksidatif pada kolesterol.

Membantu melegakan rasa lenguh dan sakit pada otot.

Citrulline adalah sejenis asid amino dalam tembikai yang boleh mengurangkan rasa lenguh dan sakit pada otot. 

Bagus untuk kulit dan rambut.

Kandungan vitamin A dan C yang ada dalam tembikai memang bagus untuk kesihatan kulit dan rambut. Vitamin C bantu hasilkan kolagen iaitu sejenis protein untuk pastikan kulit kita sentiasa anjal dan struktur rambut yang kuat. Vitamin A pulak penting untuk kesihatan kulit sebab ia membantu memperbaharui dan memperbaiki sel kulit mati. Tak kurang hebatnya si likopen dan beta karotena yang ada dalam tembikai yang dikatakan mampu melindungi kulit kita dari pancaran panas matahari. 

Suka makan buah tembikai? Korang memang sudah membuat pilihan yang bijak!
Suka makan buah tembikai? Korang memang sudah membuat pilihan yang bijak! Kredit Google.

Sebenarnya banyak lagi kebaikan dan manfaat yang kita akan dapat bila kita makan buah tembikai ni. Korang google lah ye, banyak je sharing dan artikel pasal ni. Moga bermanfaat. 

Sumber info : Ruangan Khasiat Alami, Majalah Mingguan Wanita. 

5 comments:

  1. sedapnya tembikai...tp laaa, harga dia boleh tahan...hahaha..stress guwe

    ReplyDelete
  2. Banyaknyer khasiat buah tembikai.
    Tiba2 bulan puasa ni tembikai jadi mahal

    ReplyDelete
  3. Bulan puasa ramai orang jual buah tembikai. Sedapnya buat air, makan gitu je pun sedap.

    ReplyDelete
  4. Suka tembikai merah , lagi waktu cuaca panas gini dpaat makan tembikai sedap . Tapi jarang nak jumpa tembikai isi kuning tu

    ReplyDelete
  5. Di antara semua buah, saya memang paliiiing suka dengan semangka. Atau tembikai. Paling sedap, apalagi kalo dimakan dingin kan 😄. Cocok buat hari panas.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.