Dari Abdullah bin Abi Aufa R.A, Rasulullah SAW bersabda, Sesiapa membaca Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariikalah ahadan somadan lam yalid walam yuulad walam yakun lahu kufuwan ahad, maka Allah akan menulis baginya dua juta kebaikan. (Riwayat Thabrani). Zikir ini mengandungi 2 bahagian iaitu:
1) Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariikalah (Tiada tuhan yang layak disembah kecuali Allah dan Allah itu Zat yang Maha Esa dan tiada sesuatu pun yang menyamaiNya)
2) Ahadan somadan lam yalid walam yuulad walam yakun lahu kufuwan ahad, yang juga kalimah daripada surah Al-Ikhlas (Qul huwallah). Yang Maha Esa. Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapa pun yang serupa denganNya.
Zikir pahala dua juta. |
Di dalam zikir ini terdapat kalimah tauhid yang sangat berat timbangannya iaitu “Laa ilaaha illallah” dan juga ayat-ayat yang mengesakan Allah SWT. Amalkanlah zikir ini sebelum tidur, selepas bangun tidur dan juga semasa berjaga malam mencari Malam Qadar (Lailatul Qadar).
Moga bermanfaat dan menjadi amalan kita seharian. InshaAllah.
Kredit : Kongsi ILMU AGAMA
Tk perkongsian bermanfaat
ReplyDeleteterima kasih cikla..
ReplyDelete