'santai tapi sampai'

Dulu cikla tak reti makan sotong ni. Ada orang panggil sotong getah. Rupanya sedap jugak. liat liat kenyal gitu bila kunyah. Hihi. Jom cikla...

Resepi sambal sotong kembang simple tapi sedap.

Dulu cikla tak reti makan sotong ni. Ada orang panggil sotong getah. Rupanya sedap jugak. liat liat kenyal gitu bila kunyah. Hihi. Jom cikla share resepi macam mana nak buat sambal sotong ni walaupun rasanya ramai yang dah tau cara nak memasaknya kan. Bahan-bahan ni untuk seekor sotong, boleh makan dalam  3 orang camtu. Jom tengok bahan dia. 

Resepi sambal sotong kembang simple tapi sedap.
Resepi sambal sotong kembang simple tapi sedap.

Bahan-bahan:

Sotong kembang.
2 biji bawang besar.
5 biji bawang rose kecik.
Asam jawa/asam keping.
Cili kisar.
Minyak.
Garam.
Gula.
Serbuk perasa.
Seinci belacan.
Kicap pekat 1sudu nak bagi warna sambal cantik.

Cara-cara masak;

1. Rebus sotong  selama 15 minit.
2. Blend bawang rose, bawang putih dan cili kering. 
3. Selepas itu, panaskan minyak dan tumis bahan blend tadi. 
4. Masa tumis, masuk belacan sekali dan teruskan menumis sampai pecah minyak.
5. Masukkan sotong kembang yang sudah direbus tadi, jangan lupa toskan dulu sotong tu sebelum masuk dalam kuali.
6. Kacau-kacau biar sebati dan masukkan air asam jawa sikit. Then biar pecah minyak sekali lagi baru masukkan hirisan bawang besar. Agak-agak bawang dah layu sikit, angkat dan boleh dihidangkan.

Selamat mencuba. 

Kredit resepi dan gambar : Koleksi Resepi Sedap.

5 comments:

  1. I love this sambal sotong....Feel free to join my segmen ya. =)

    ReplyDelete
  2. sedapppp sotong getah ni! hehehe

    ReplyDelete
  3. sedapnya . haritu beli dekat kedai bawah ofis sedap, tp tak kenan pula rasa sambalnya ada sedikit manis. hahahahahah

    ReplyDelete
  4. Sotong kembang ni memang sedap kalau masak ni....saya pun suka masakan ni.

    ReplyDelete