'santai tapi sampai'

Memang tak dinafikan pelbagai lambakan produk melembutkan kulit di pasaran sekarang ni. Nak hasil mudah dan cepat beli je produk tu kan, bet...

Guna tomato untuk licinkan kulit? Macam mana tu?

Memang tak dinafikan pelbagai lambakan produk melembutkan kulit di pasaran sekarang ni. Nak hasil mudah dan cepat beli je produk tu kan, betul tak? Namun ada orang suka dan rajin mempraktikkan petua atau cara alami untuk mendapatkan kulit lembut idaman hati gitu. 

So, cikla nak satu petua mudah khas untuk mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak, berjerawat atau mempunyai kesan parut. Mungkin petua ni sesuai dengan korang. Ia juga boleh mengecilkan liang pori pada kulit wajah korang. Kulit wajah pun jadi soft toingg toinggg gitu, cerah dan tak kusam lagi. 

Guna tomato untuk licinkan kulit? Macam mana tu?
Guna tomato untuk licinkan kulit? Macam mana tu? Kredit Google. 

Caranya, parut sebiji tomato yang cukup masak. Kemudian, gosoklah hasil parutan tu perlahan-lahan pada wajah dan leher yang bermasalah. Kalau korang nak tau, kandungan gelatin semulajadi yang ada dalam tomato dikatakan boleh membantu menghilangkan kehitaman dan jugak parut baru.

Selepas ditepek ke muka, biarkan dalam 20 minit macam tu barulah  dicuci wajah korang tu dengan air suam. Buatlah berulang-kali dan korang akan dapat hasil memuaskan. 

Selamat mencuba. 

3 comments:

  1. tak pernah try lagi ni. selalu makan je. itu pun tengok mood. kalau membayangkan tomato tu rasa epal, sedap juga rasa. kadang rasa tomato pelik mula tak buang tomato tu HHAHAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi... tp cikla mmg ada baca pasal tomato ni bagus utk kulit. gosok gosok je

      Delete
  2. Saya suka makan je tomato ni. Macam sayang pulak nak gosok kat muka....

    ReplyDelete