'Santai Tapi Sampai'

15 February 2024

Resepi bendi rebus ala nyonya

Bendi ni memang banyak khasiat. Kalau sebelum ni korang selalu masak bendi ni jenis lemporr je dalam kuah kari or asam pedas, apa kata try resepi ni pulak.  Tengok gambar macam sedap tu. Nah resepi. Jangan tak buat pulak. Haha.

BENDI REBUS MASAK ALA NYONYA

Resepi bendi  rebus ala nyonya.
Resepi bendi  rebus ala nyonya.


Bahan-bahan

10 biji bendi - dipotong dua
3 biji bawang merah**
2 ulas bawang putih**
5 biji cili kering - dibuang biji pastu direndam air panas**
2 sudu makan udang kering - dibersih pastu direndam**
1 inci belacan** - kalau suka, letak. Kalau tak suka, tak payah
1 sudu makan sos tiram
1 sudu kecil perasa (brand ikut suka koranglah)

Cara-cara

1. Didihkan air hingga menggelegak, masukkan sedikit minyak masak dan garam. Kemudian, masukkan bendi.
2. Sediakan air ais, angkat bendi terus rendam dalam air ais. Kemudian, toskan letak dalam pinggan.
3. Bahan bertanda (**) dikisar lumat. Selepas tu, panaskan sedikit minyak kemudian tumis bajan kisar sampai garing dan naik bau.
4. Kalau sambal nampak kering, masukkan je air panas sikit. Bila dah garing, letak sos tiram, garam, gula dan perasa secukupnya.
5. Last, tuang sambal atas bendi tadi. Sedia dinikmati.

Selamat mencuba. 

Kredit resepi dan gambar : Julia ALeen Aireish

4 comments:

  1. nanti bolehlah dicuba.. ldy biasa masak goreng ngn telur shj.. ketandusan idea

    ReplyDelete
  2. wahhhh menggoda betul bendi resepi ni!

    ReplyDelete
  3. Lama tak makan bendi. Kalau bendi ni selalu saya masak belacan ala ala kangkung belacan tu. Boleh try masak ni pulak.

    ReplyDelete
  4. Jarang2 makan bendi rebus
    Biasanya makan bendi yang dicampur dengan masak asam pedas ikan/daging

    ReplyDelete