Perghhh, baca tajuk macam suspen je kan? Sebenarnya gini kisahnya. Kisah cikla akhirnya serah diri ke doktor gigi. Dramatik sungguh aihh. Haha. Setelah hampir sekian lama cuba untuk tak menjejakkan kaki ke klinik gigi, terpaksa jugak. Kalau tanya cikla, doktor apa yang paling digeruni? Dah tentu doktor gigi lahh. Hihi. Sampai je depan klinik jantung auto dup dapp. Belum masuk dalam lagi. Haha, apalah punya perangai kan.
Pasalnya sebab dah tak tahan sakit gigi on off since seminggu lepas. Dah reda sakit gigi tu memang tekad dah nak pi cabut. Lagipun, tak kan asik nak telan ubat tahan sakit je. Risau pulak nanti bagi effect tak bagus di kemudian hari. Ada 4 batang gigi geraham yang sepatutnya dah kena cabut. Tapi yang selalu sakit tu belah kanan, atas bawah. Yang kiri tu jarang-jarang sakit, pun atas bawah gak.
Doktor tu siap kata, ni geraham rosak atas bawah ni, camne nak makan. Mengunyah mesti dah tak best. Alahhh doktor. Takpelah susah nak makan, jadi kurang makan pun. Asalkan dah tak menghadap sakit gigi lagi. Untung untung boleh bantu turunkan berat badan. Iyelah, kurang makan kan. Haha, menyempat.
So, selamatkan cabut satu geraham dulu. So far sekarang ni rasa tenang dah sebab gigi dah tak sakit. Yang bahagian atas maybe minggu depan nak pi cabut pulak. Nak cabut serentak hari tu doktor tak bagi. Bahaya. Oh ye, kos cikla cabut geraham tu kena RM100. Okey tak kos dia, maklumlah klinik swasta kan. Nak pi kerajaan ada harinya kan. Bukan boleh main pi je. Lagipun klinik ni tak perlu appointment, boleh ke walk in. Tu yang best tu.
Okey la, nanti share lain pulak. Tata.
No comments: