Petua halau semut di dapur.

Ada orang kata kalau boleh semut tu jangan di semprot atau dibunuh. Apa kata korang cuba petua-petua ni untuk menghalau semut di rumah korang.

Petua halau semut di dapur.
Petua halau semut di dapur. 

Cili kering.

Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula. 

Minyak masak.

Celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumni semut seperti baling gula, keliling meja dan sebagainya. 

Bawang merah.

Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tak perlu kupas kulit bawang tersebut. 

Kulit telur.

Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.  

Asam gelugur.

Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntun bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Bau asam keping atau bunga cengkih tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.

Daun sirih.

Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

Moga bermanfaat. 

Kredit to Owner.

5 comments:

  1. Tips ni boleh guna ni. Kadang banyak pulak semut ni...

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian petua ini. di umah abe kie mmg byk semut. geram tul.

    ReplyDelete
  3. terima kasih tips nya.. mmg byk sungguhla semut.. makanan yg atas meja ni cpt sgt dikerumun semut.. kdg2 sebab syg, tiup2 semut bagi lari lps tu ngap.. huhuhuhu..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.