Buah-buahan, selain ia bermanfaat untuk kesihatan dan banyak khasiatnya, ia juga bagus untuk kecantikan. Sebenarnya, kebaikan buah-buahan untuk tujuan kecantikan khasnya memang dah lama diperakui. Contohnya, meminum segelas jus buah dalam sehari dikatakan boleh memberikan kulit yang cantik.
Kalau korang terlebih rajin, korang jugak boleh gunakan isi buah sebagai bahan utama dalam rawatan wajah korang. Selamat pun selamat kan. Bebas dari penggunaan bahan kimia yang mungkin boleh memudaratkan. Kulit wajah korang akan lebih moist dan fresh secara semulajadi.
Walaupun ada yang kata kesannya agak lambat berbanding dengan penggunaan produk kecantikan yang berlambak-lambak di pasaran, tapi ia lebih natural. Bak kata orang tua-tua biar lambat asal selamat, gitu.
Jadi, jom baca cikla nak share apakah buah-buahan yang sering digunakan dalam tujuan penjagaan kecantikan wajah, iaitu seperti;
Epal hijau.
Tahukah korang, ciri-ciri antioksida yang dalam epal hijau mampu merawat sel-sel dan tisu-tisu kulit yang rosak. Ada kajian kata, epal mengandungi sejumlah elastin dan kolegen yang boleh bantu kulit wajah sentiasa muda remaja gitu.
Caranya; campurkan epal hijau bersama madu, rose water dan oatmeal. Kemudian, gaulkan sampai sebati pastu sapukan campuran itu ke seluruh wajah korang. Ia juga boleh jadi mask pengelupasan pada kulit.
Lemon.
Lemon memgandungi vitamin C dan sudah tentu fungsinya untuk mengekalkan kulit yang cantik. Ciri-ciri astrigen yang ada dalam lemon membantu mencerahkan tona kulit korang sekaligus mengurangkan parut atau bekas jerawat pada wajah.
Caranya; setiap pagi minumlah segelas air suam yang dicampur dengan sesudu kecil madu serta perahan lemon ketika perut kosong dikatakan sebagai pencuci kulit yang bagus. Korang boleh jugak gosok isi buah lemon pada siku korang sebab ia boleh bantu hilangkan tompok-tompok gelap. Untuk putihkan kulit secara natural, campurkan lemon bersama madu, inshaAllah hasilkan pasti tak mengecewakan korang. Cubalah!
Pisang.
Buah yang satu ini kaya dengan sumber vitamin A, B dan E serta turut power sebagai ejen anti penuaan.
Caranya; sapu pisang yang telah dilenyekkan pada wajah sebab ia boleh menghasilkan kulit lebih cantik dan halus.
Oren.
Kita semua tau oren kaya dengan vitamin C. Buah ini jugak dikatakan mampu memperbaiki tekstur kulit dan turut membekalkan kolagen yang boleh bantu perlahankan proses penuaan.
Caranya; gosokkan isi buah oren untuk dapatkan kulit lebih tegang toingg toinngg gitu. Haha. Buah oren jugak boleh digunakan sebagai skrub semulajadi sama ada ia dikeringkan atau dijadikan serbuk terlebih dahulu. Ia jugak boleh bantu hilangkan noda-noda pada kulit.
Moga bermanfaat.
Sumber : Ruangan Fail Kecantikan, Majalah Rapi, April 2013.
untuk cantik, makan buah dan sayur byk2.. :D..
ReplyDeletejom, kite cantik secara semulajadi..
ldy suka buat masker tomato.. :D.. terasa bersih sgt kulit.. segar..
tu la. buahan dan sayuran mmg bagus
DeleteYg lemon atau pakaj jeruk nipis, memang bagus utk menghaluskan dan mencerahkan siku dan lutut. Saya rutin pakai. Tapj kalo utk wajah LBH suka pakai yg sudah jadi, jadi tak peras sendiri 😅
ReplyDelete