Hasil whole body scan selepas minum iodin clear?

Semalam cikla pergi ke hospital balik selepas 3 hari minum iodin untuk buat whole body scan atau wbs. Berdebar jugaklah nak tau apa result dia, berkerja ke si iodin yang cikla minum tu. Dapat ke dia detect atau bunuh ke sel-sel jahat yang ada tu. 

Sepanjang perjalanan memang termenung di jendela kereta gak kawan fikir benda ni semua. Risau weh bila dah tau sel ni ada balik, nak tak nak memang 'terfikir' gak kekadang walaupun dah tekad tak nak fikir sangat. Nak follow the flow bak kata orang putih kan. 

And, guess what gais apa result dia. 

Result wbs tengok macam clear takde apa. Huii, jangan lega lagi sebab sekarang ni nak tunggu bacaan darah untuk kanser atau kita panggil thyrogolubin, TG yang latest je ni sebab nak tengok meningkat ke statik ke atau menurun. Bacaan TG saya sebelum ni dia macam segan nak turun banyak. Dia turun sikit, pastu naik sikit walaupun bacaan zero point something. Bacaan TG yang bagus adalah <o.1. 

Doktor kata memang kita ambil dose tinggi sikit and hopefully dia dah clearkan sekali ketulan yang sikit tu. Cumanya yang menjadi kerisauan kalau sel jahat ni dah tak nak intake iodin. Mungkin dah berubah karektor ke kita tak tau. Tu yang kena tengok bacaan TG tu. Oh, result TG dan anti TG lambat pulak keluar, biasa dalam sebulan gitu. 

In case kalau bacaan TG naik, kena buat procedur PET-SCAN pulak untuk scan lebih detail sebab nak confirm 'kewujudan' sel jahat ni. Tapi, kalau bacaan TG okey, just pantau dengan ultrasound. Yang ni depend pada doktorlah nanti berapa kali setahun nak buat. Next appointment 3 bulan lagi. Rasa macam lama jer, phewww!

Ubat thyroxine pun dah boleh on dah. Lega rasa sebab dah letih nak hadap kelenguhan sendi datang dan pergi. Tapi seafood doktor suruh hold dulu, lepas habis kuarantin baru boleh makan balik. It's okey je sebab cikla bukannya penggila seafood. Cuma ikan je la ai suka. Doktor pesan jugak jaga pemakanan, kurangkan makanan proses dan gula. Jangan stress-stress dan amalkan gaya hidup sihat. 

Sekian sebuah kisah yang panjang, sesi meluah rasa gak ni. Apa pun, moga semuanya baik-baik je. Aamiin. Pada rakan senasib teruskan perjuangan dan terus kuat. Jom habiskan kuarantin, ada lagi 4 setengah hari gais. 

2 comments:

  1. Thank you for sharing kak... Saya jadi tahu seperti apa kanker tiroid ini. Setidaknya bisa ikut mengurangi juga makanan tak sehat dan gula agar terhindar dari ini.

    Saya doakan juga kakak cepat pulih yaa. 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih fanny. Terima kasih juga ya sebab selalu berkunjung ke blog kakak dan tak jemu membaca coretan kakak dan tinggalkan komen. moga fanny sihat dan bahagia selalu.

      Delete

Powered by Blogger.