Limau gedang, untuk sihat dan kurus? Betul ke?

Jujur, seingat cikla macam belum pernah makan limau gedang ni. Lagipun macam susah nak jumpa buah ni kalau kat tempat cikla ni. Pada yang tak familiar, limau gedang atau grapefruit ni tergolong dalam golongan buah sitrus yang paling banyak air di dalamnya, lebih kurang 92% air kalau nak dibandingkan dengan buahan yang lain.
 
Menariknya, limau gedang ni rupanya hasil gabungan buah limau bali dengan buah orang sejak dari kurun pertama lagi. Uishh, lama kan? Orang dulu-dulu pun dah pandai kacuk-kacuk buah. Hihi. 

Rasa dia pulak camne eh? Ada yang kata rasa dia macam masam pahit sikit. Ada pulak yang kata rasa dia manis bergula. Tapi apa yang pasti ia kaya dengan vitamin C yang bagus sebagai pelindung demam selsema dan selsema. 

Limau gedang, untuk sihat dan kurus? Betul ke?
Limau gedang, untuk sihat dan kurus? Betul ke? Kredit Google. 

Dekat dalam dia juga bukan hanya ada vitamin C je, ada jugak asid nitrik, gula semulajadi, limonene, pinene dan citral. Vitamin lain macam A, B kompleks, E dan K tapi sikit je la. Selain tu, ada jugak kalsium, asid folik, fosforus dan pottasium. 

So, dah memang banyak zat nutrien kat dalam dia mesti banyak kebaikannya kan. Jom kita baca. 

1. Merangsang pencernaan - ia merangsang pencernaan melalui peningkatan pengaliran cecair gastrik dalam perut. Ada jugak yang kata dengan memakan sedikit tisu kulit luar yang warna putih tu bagus untuk bantu pergerakan usus. Kiranya agen pelawas jugak la ni. 

2. Merangsang sistem imun - mereka yang sedang mengalami stress dikatakan elok mengambil jus limau gedang dengan kerap sebab ia mampu merangsang sistem imun sekaligus cegah badan dari keletihan. 

3. Menangguhkan sel kanser merebak - ada kajian mengatakan, bioflavonoid yang ada dalam buah ni dikatakan mampu menangguhkan sel kanser dari merebak melalui cara membuang estrogen berlebihan dari badan. 

Limau gedang, untuk sihat dan kurus? Betul ke?
Limau gedang, untuk sihat dan kurus? Betul ke? Kredit Google. 

4. Mengurangkan kolestrol - ada bahan tertentu dalam buah ini dikatakan mampu mengurangkan penghasilan kolestrol berlebihan dari hati. 

5. Membantu mudah tidur - dengan meminum jus buah limau gedang sebelum tidur mampu membantu melegakan insomnia. 

Moga bermanfaat. 

Sumber : Ruangan Khasiat Alami, Majalah Mingguan Wanita. 

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (636) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews