Quarantine time is begin.

Ehh jangan salah pulak. Bukan quarantine pasal covid ke, tapi quarantine pasal kena minum iodin sebab buat RAI. Sapa yang tak tau apa itu RAI, boleh tengok entri cikla sebelum sebelum ni. Banyak rasanya cikla share pasal ni. 

So, akhirnya detik yang dinanti tiba jua. Actually, tak sabar nak habiskan rawatan ni sebab letih dah uiii makan lauk sama hari-hari. Dah craving ikan dah ni. Haha. Macam macam dah menu terbayang kat mata ni tau. Semua teringin. Lepas scan pastu on balik ubat thyroxine baru boleh makan macam biasa.

Plan asal doktor suruh warded kan sebab kena amik dose tinggi. Pastu, 2 minggu kot camtu hospital kol kata tak perlu warded sebab doktor decide pulak nak bagi dose rendah, 5 mci. Pergi hospital minum RAI hari Rabu 27hb, tukar takrih. Kalau tak Isnin kan, 25hb. Lagipun buat masa ni bacaan darah dan thyroglubin (TG) okey je. Cumanya result ultrasound je yang tunjuk ada ketulan baru tapi kecik je dalam 0.9-1cm camtu. 

So, cikla kata okey je la walaupun time tu dah packing barang pun. Sebenarnya happy gak la tak perlu masuk ward, kat rumah lebih santai hihi. 

Then, tadi siang pergilah ke hospital. Daftar semua macam biasa, timbang berat (happy berat turun almost 3 kg, kihkihkih), jumpe doktor sebelum nak pi minum tu. Doktor tengok record sebelum ni, last cikla minum RAI 2018, 3 kali sekali dose tinggi 100 mci dua kali rendah 10 mci. Kaji punya kaji, at last doktor decide nak bagi 29 mci pulak sebab katanya kalau 5 mci risau dia tak cukup nak detect or bunuh sel ca yang ada tu. 

And doktor kata dia sebenarnya lebih prefer nak bagi yang tinggi terus sebab boleh bakar dan bunuh terus sel 1cm tu. Tapi masalahnya, tak boleh nak warded kat situ buat masa ni. Kalau kena warded kena pergi hospital lain yang ada buat rawatan ni.

Sebabnya, toilet ward rosak. So tak boleh nak flush. Jadi diorang tutup untuk renovate dan pembaikan. Nak share toilet kat luar, means luar ward tak boleh jugak sebab radiasi akan jadi tinggi and bahaya untuk orang lain yang sihat yang turut sama menggunakan toilet tu. 

Cikla pun, alamak. Kalau doktor tiba-tiba nak bagi dose tinggi time ni memang kaget lorr. Dengan tak packing barang semua, ehh tak mau la saya. Nak tukar pun tak nak jugak sebab letih oiii dah off ubat sebulan lebih pastu dengan pantang LID lagi, ahh kita kena teruskan doktor. Hihi. 

Quarantine time is begin.

Bincang punya bincang doktor bagi dose rendah paling tinggi yang membolehkan cikla quarantine kat rumah je. Cikla onzz je asal boleh stay at home gitu. Lepas jumpa doktor, amik darah last baru pi minum. Secoet je gais ubatnya rasa tak puas nak sedut. Haha. 

Lepas minum memang kena straight balik ke rumah ko jangan gatal nak menyinggah sana sini pulak. Duduk pun kat kerusi paling belakang dari driver. Kesian pulak kat cik suami tak memasal dapat efek radiasi kang. Sapa tak sayang laki oiii. 

So, bermula detik ber'quarantine'. Jumaat nanti repeat lagi pi hospital untuk buat whole body scan (wbs) untuk tengok sejauh mana ubat yang diminum  tu bekerja hapuskan sel jahat tu. Harap-harap clear la. Korang doakan cikla la. Okey la, nak rest dah. Nanti cikla share lagi. 

3 comments:

  1. semoga cepat sihat sis

    ReplyDelete
  2. Moga urusan cikla dipermudahkanNYA.

    ReplyDelete
  3. Tetap semangaaat ya kak 🤗❤️. Saya bantu doa juga semoga efek obat itu ada kesan baik buat kakak.. dan sel ca itu bisa hilang

    ReplyDelete

Powered by Blogger.