Doa-doa dalam bulan Ramadan yang boleh kita amalkan.

Alhamdullilah, pejam celik pejam celik dah masuk 18 Ramadan dah. Allahu, cepat sungguh masa berlalu pergi kan. Jadi, ini adalah antara doa-doa yang boleh kita  diamalkan sepanjang bulan Ramadan ini. 

(1) Doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidatina Aisyah. Satu hari, Saidatina Aisyah bertanya kepada Rasulullah SAW, andai sekiranya beliau bertemu dengan Lailatul Qadar, apa yang harus beliau lakukan. Lalu Rasulullah SAW mengajarkan kepada Saidatina Aisyah agar membacakan doa ini:

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Maksudnya: "Ya Allah, Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengampun dan suka untuk mengampunkan, maka ampunilah daku." (HR al-Tirmizi)

(2) Doa yang dibacakan oleh Saidina Abdullah bin Amru. Menurut Ibn Abi Mulaikah, Saidina Abdullah bin Amru akan membaca doa ini setiap kali ingin berbuka puasa iaitu:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ أَنْ تَغْفِرَ لِي

"Ya Allah, aku memohon dgn rahmatMu yang meliputi segala perkara agar mengampunkan dosa-dosaku." (HR Ibn Majah)

Doa-doa dalam bulan Ramadan yang boleh kita amalkan.
Doa-doa dalam bulan Ramadan yang boleh kita amalkan. 

(3) Doa Rasulullah SAW ketika berbuka puasa. Saidina Abdullah bin Umar pernah berkata: "Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila Baginda berbuka puasa, Baginda akan melafazkan:"

ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ، وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ

"Telah hilanglah dahaga dan telah basah urat-urat. Dan telah tetaplah pahala (diterima) dengan izin Allah." (HR Abu Daud)

(4) Amalkan juga doa yang digemari oleh Rasulullah SAW ini. Menurut Saidina Anas, doa ini adalah antara doa yang paling banyak dibacakan oleh Rasulullah SAW. Oleh yang demikian, amalkan juga doa ini dalam bulan Ramadan ini:

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka."
 
Semoga Allah membimbing kita. Aamiin.

Kredit : Dr. Ahmad Sanusi Azmi. 

1 comment:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (636) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews