Sujud melibatkan 5 anggota badan yang bertumpu pada bumi iaitu, dahi, hidung, kedua telapak tangan, lutut dan kedua hujung jari kaki.
Sujud adalah konsep merendahkan diri, memuji Allah SWT dan memohon segala macam hajat kepada Allah SWT. Sujud sekaligus, mengikis sifat tercela seperti riak, sombong, ujub, takabur dan lain-lain.
Dr Fidelma O'Leary, Phd Neuroscience dari St Edward's University telah peluk Islam selepas mendapati fakta tentang manfaat sujud bagi kesihatan.
Dalam kajiannya, ditemukan bahawa ada beberapa urat saraf dalam otak manusia yang tak dimasuki darah dan urat ini hanya dimasuki darah ketika manusia bersujud (lebih lama setelah solat Subuh).
Tapi, urat saraf ini hanya memerlukan darah untuk beberapa saat tertentu saja, iaitu pada waktu solat yang telah ditetapkan (Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak). SubhanAllah.
Jadi, siapa yang tak solat maka urat ini tak menerima darah sampai otaknya tak berfungsi secara normal. Salah satu indikasinya adalah timbul macam-macam gejala sosial di masyarakat yang tak solat saat ini.
Disebabkan kedudukan otak di atas jantung, maka kata Prof Hembing, jantung hanya mampu menyalurkan 20% darah ke otak manusia, maka dibantu lagi dengan sujud yang lebih lama agar dapat menambah kekuatan aliran darah ke otak.
Hal ini sesuai dengan apa yang disampaikan Rasulullah SAW supaya kita sujud berlama-lama pada rakaat terakhir.
Manfaat sujud berlama-lama ini adalah untuk:
1. Mencegah pening.
2. Terhindar migrain.
3. Menyegarkan otak.
4. Menajamkan akal dan fikiran (lebih sensitif).
5. Melonggarkan sistem pernafasan.
6. Memperbaiki kandung rahim yang turun.
7. Menjaga dan menguatkan kedudukan bayi dalam kandungan.
8. Menghindarkan kandungan songsang dan lain lain.
Dan apa yang menakjubkan, kalau kita perhatikan, bentuk saraf yang ada dalam otak kita berbentuk seperti orang yang sedang sujud. MasyaAllah.
Moga bermanfaat.
Kredit: LIDMI.
Alhamdulillah, TQ for sharing.
ReplyDeleteSama2
DeleteMemang segitunya kuasa Allah ya kak. Saya rasakan sendiri, semisal lagi sakit kepala, trus lakukan sujud, rasa baikan setelah nya. Apalagi kalo dilakukan di waktu yg tepat 👍
ReplyDeletesujud kedudukan yang paling selesa untu ldy.. Alhamdulillah masih mampu merasa nikmat sujud walaupun berkerusi roda..
ReplyDeleteAlhamdullilah
Delete