Resepi nasi ayam hainan.

Resepi nasi ayam ni ada pelbagai cara. Tak caya cuba Google, macam-macam resepi keluar. Salah satunya adalah nasi ayam hainan. Asal usul nasi ayam ni, jujur cikla tak taulah, tapi mungkin cara ia dimasak ala-ala chinese style. Iyelah, dah nama pun hainan kan. Ada betul ka? Hihi. jom cikla nak share satu resepi macam mana nak buat nasi ayam hainan. Nanti boleh buat time nak buka puasa ke. Tukar tukar selera. Terima kasih kepada tuan punya resepi ya.

Resepi nasi ayam hainan.
Resepi nasi ayam hainan.

Bahan- bahan;

1 ekor ayam.
1 ketul kiub ayam.
1 sudu teh garam.
1 pokok daun bawang (ambik daun saja atau kerat dua).
2 inci halia diketuk.

Cara-caranya; Rebus ayam dengan semua bahan selama 25 minit dengan air tenggelamkan ayam. Kemudian, angkat ayam pastu bubuh dalam air ais selama 30 min. Then, toskan pastu lumur ayam dengan minyak bijan.

Bahan untuk nasi;

3 cawan beras.
½ beras pulut (kalau tak nak letak pun takpe. Tapi, kalau ada lagi sedap). Dibasuh dan toskan.
1 helai daun pandan.
Lemak-lemak ayam (sebelum rebus ayam tadi, ambik bahagian lemak kat tengkuk dengan bahadian bawah ayam). 
1 senduk kecil minyak.
Halia tumbuk.
Stok ayam (air rebus ayam tadi).

Cara-caranya;

1. Masak minyak, lemak ayam sampai lemak ayam tu cair, pastu masukkan daun pandan dengan halia tumbuk dan kacau rata.
2. Masukkan beras kemudian gaul dalam 3 minit camtu. Selepas itu, masukkan stok ayam tadi dalam 3 cawan atau sukat macam korang masak nasi biasa tu.
3. Tambah garam dan perasa. Pastu, masak nasi sampai masak. 

Air cili merah;

Cili besar (merah).
Cili padi (merah).
½ labu bawang Holland.
Bawang putih.
Cuka, gula, sedikit garam dan perasa.
Stok ayam (air rebusan).

*Kisar semua bahan di atas. 

Pes halia;

Halia ditumbuk. Masukkan batang daun bawang yang baki tadi dan tumbuk sampai hancur. Masak sedikit minyak masak dan tuang panas-panas dalam pes tadi, then gaul.

Taugeh;

Taugeh -Ssiram air panas dan toskan.
Daun limau purut dan cili padi - dipotong.

Kuah ayam denagn kuah taugeh (Untuk siram );

1 cawan stok ayam (air rebusan).
Kicap masin cair.
Kicap kipas udang manis.
Perasa secukupnya.
Minyak bijan.

Cara; Campur semua bahan ni dan curah atas taugeh dengan ayam.

Selamat mencuba.

Kredit resepi dan gambar : zaza@kitchen

1 comment:

  1. nampak simple tapi sedap.. salah satu makanan yg seimbang.. yumm yumm yumm

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (636) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews