'santai tapi sampai'

Kebanyakan orang yang baru lepas habis belajar atau graduate mesti dah tercari-cari kerja yang sesuai dengan kelulusan yang ada. Nak cari ...

Nak pergi temuduga? Nah, tips.

Kebanyakan orang yang baru lepas habis belajar atau graduate mesti dah tercari-cari kerja yang sesuai dengan kelulusan yang ada. Nak cari kerja sekarang memang mencabar, tak macam dulu. 

Rasanya kelambakan graduan yang baru habis belajar memang ramai, tapi peluang kerja pulak nampak macam terhad. 

So, pada cikla memang tak boleh nak memilih sangatlah nak cari kerja zaman sekarang. Nak cari kerja yang sesuai dengan jiwa? Haha.

Pada cikla tak salah kot kalau kita perlu bermula dari bawah, sebab bagi cikla pengalaman itu lebih bernilai dari segulung ijazah/diploma. 

Sebenarnya cikla nak share beberapa tips yang mungkin korang boleh jadikan panduan untuk menghadiri temuduga nanti. Mana tau berguna kan, hihi. Oklah jom kita baca.

1. Persiapan sebelum pergi temuduga. PENTING! Kajian pasal syarikat dan jawatan yang kita nak mohon tu penting sebab ia akan menjadikan kita lebih yakin semasa menjawab soalan yang diajukan si penemuduga kelak. Penampilan diri jugak penting, pastikan wajah yang tenang dan senyum. Tapi, jangan lebih lebih senyum pulak, nanti macam kerang busuk. Hehe.

2. Bawa semua dokumen yang diperlukan semasa temuduga seperti resume dan sijil sijil berkaitan sahaja.

3. Pakaian semasa pergi temuduga juga penting. Pakai pakaian yang sesuai dan sopan. Ketika bercakap jugak, guna bahasa yang sopan dan jawab soalan dengan yakin tanpa teragak agak.

4. Tutup rasa gementar kita dengan senyuman dan ingat! Kawal pergerakan mata. Jangan melilau sana sini.

5. Jawab soalan dengan ringkas tapi padat dan seeloknya tumpukan pada kelebihan kita dan jawab apa yang ditanya. Jangan bagi jawapan yang melalut-lalut, dan keluar topik. Memang fail lah jawabnya. Lagipun, kalau jawapan dah terlampau meleret tu, dah macam over confident pulak nanti.

Macam cikla cakap tadi, zaman sekarang ni tak boleh nak pilih-pilih kerja sangat. Dahlah memilih, lepas tu nak harap gaji yang tinggi pulak tu, tak sedar diri lagi tu, awak tu dahlah fresh graduate, pengalaman pun zero. 

Selain itu, kita kena amik tau jugak apa harapan majikan kita iaitu dengan berkomunikasi dengan baik, boleh dipercayai dan berfikiran kreatif dan kritis. Show your ability tapi jangan terlalu berlebihan, berpada-pada. 

Sumber : Bersama Kaunselor (Harian Metro).

6 comments:

  1. Terima kasih..sgt manfaat =)

    ReplyDelete
  2. cuaknya rasa nak melangkah ke alam ni....nice info cikla!

    ReplyDelete
  3. Be yourself masa interview tapi jangan terover confident..Yang penting, setiap soalan yang diberi ,kita boleh jawab dengan lancar tanpa ada was-was..

    ReplyDelete