Suka selfie, penyakit atau trend?

Korang suka selfie tak? Cikla takdelah suka selfie sangat. Kadang-kadang selfie sikit-sikit tu adalah. Rasanya zaman sekarang ni kebanyakan orang suka selfie

Mana taknya, rasanya boleh dikatakan semua orang mempunyai telefon pintar yang canggih manggih kan. 

Nak-nak pulak, sekarang ni macam-macam laman sosial ada, contohnya Facebook, Instagram, Twitter, WeChat dan lain lain.

Rasanya kenapalah ada orang-orang yang suka sangat selfie dan kemudian upload di laman sosial ni semua? Adakah sebab nakkan ramai orang yang like atau comment atau share gambar-gambar tu semua? Ermmm. 

Suka berselfie ni boleh dikatakan satu ketagihan disebabkan terlalu obses kepada laman sosial. 

Ada pendapat mengatakan orang sebegini sebenarnya mengalami gangguan personaliti sebab kerana terlalu sibuk nak tonjolkan diri sendiri. 

Bukan apa, disebabkan ini timbul pelbagai isu sehingga menimbulkan perkara perkara negatif. Tak eloklah macam tu kan.

Suka selfie, penyakit atau trend?
Suka selfie, penyakit atau trend? Image credited to Internet.

Dalam islam pun, tak salah kalau nak tonjolkan kelebihan diri, tapi semua itu perlu ada had dan batasnya. Apa yang penting, jangan berlebih-lebihan. 

Walaupun orang cakap, wanita yang lebih suka berselfie, tapi rasanya kaum lelaki pun sama jugak. Menurut seorang pendakwah, Ustaz Asrulnizam Abas, selfie ini ada positif dan negatifnya.

Dari segi positif, selfie ni dapat meningkatkan keyakinan diri bila berhadapan dengan orang ramai. So, orang yang suka selfie ni dah tentu akan menjaga penampilan diri mereka sebab tak mahu dikecam di laman sosial nanti.

Kalau dari segi bisnes pulak, katanya selfie adalah sebahagian daripada langkah untuk mempromosikan barang mereka. 

Itu sebab, kebanyakan peniaga mempromosikan barangan mereka adalah dengan cara mereka berselfie dengan produk, dengan selebriti (sebagai duta produk) untk bina keyakian pelanggan kepada barang yang mereka jual.

Selain itu, positifnya selfie ini adalah ia menjadi satu tracking dan bahan siasatan malah mungkin boleh menjadi bahan bukti kepada pihak berwajib kalau seseorang itu mengalami musibah atau kecelakaan.

Dari sisi negatifnya pulak, bagi cikla ia sebenarnya terpulang pada diri dan niat memasing. Contohnya, sebagai seorang wanita (khasnya) dalam bersosial termasuklah berselfie, kita perlu menjaga batas aurat terutama dengan yang bukan mahram. 

Bayangkan betapa pantasnya media sosial hari ini, dengan sekeping selfie yang kita post akan ramai orang yang akan tengok dan mesti adalah yang akan share dan comment gambar tu tak kiralah baik atau sebaliknya.

Menurut beliau lagi, apa yang menjadi pokok adalah beri perhatian terhadap sensitiviti semua semasa berselfie. Maknanya, kita kena tengok keadaan dan tempat jugak kalau nak berselfie. Contohnya, adalah tak sesuai kalau berselfie masa menziarahi kematian, melihat orang lain ditimpa musibah, menziarahi perkuburan dan lain lain. Ini bukan apa, perbuatan ni pasti akan mengaibkan orang lain. Cuba kalau kena kat kita?

Apa yang kita rasa pulak? Fikir-fikirkanlah ye. Then, ada pulak yang berselfie di tempat yang boleh membahayakan diri sendiri, macam dekat tengah tengah landasan keretapi, atas bangunan tinggi dan sebagainya. Negatifnya selfie ni lagi adalah ia boleh menimbulkan skandal

Contohnya, tanpa rasa malu berselfie dia bilik tidur dalam keadaan mengaibkan. Walaupun kita berselfie di tempat sebegini dengan isteri atau suami kita, kita tak boleh mempamerkan apa yang dikatakan privasi kita dengan pasangan.

Ramai gak yang berselfie tak sedar akan status mereka, samada mereka isteri orang atau anak dara. 

Dah tu, mesti ada yang komen nak berkenalan ke apa ke, lama-lama perkenalan itu akan menjadi skandal dan akhirnya menjejaskan keharmonian rumah tangga. Nauzubillah, mintak dijauhkan dengan hal-hal sebegini.

Pada cikla, semuanya bermula pada hati. Ia dibolehkan asalkan tidak melebihi had dan kita tau batas batas kita sebagai isteri atau suami. 

Jangan jadikan selfie ni sebagai penyebab kita mendapat dosa. Semoga kita semua sentiasa mendapat hidayah dan petunjuk dariNya.

Sumber dari ruangan Rehal, Akhbar Sinar Harian.

4 comments:

  1. selfie ni kalau kena pd tempatnya okey je.. tp klau dh tahap selfie di setiap tempat dan masa tu yang malas eden nak melayan.hahaha

    ReplyDelete
  2. Betul tu..LeYa setuju dengan CikLa... Nak berselfie tu takde salahnya. tapi kene la pandai jaga diri kita.. Janganlah berlebih-lebihan pula.

    ReplyDelete
  3. betul tu cikla...selfie ni perlu diletakkan batas dan jurang pemisah antara sosial dan privasi..barulah jauh dari kontroversi...hehehe..

    ^_^

    ReplyDelete
  4. rasanya selfie dah menjadi trend yang membawa penyakit.. hihihi

    ReplyDelete

Powered by Blogger.