Tomato oh tomato. Jangan cakap korang tak kenal tomato pulak ye. Hehe. Biasanya kita jumpa tomato ni dalam masakan tomyam. Tapi, sebenarnya tomato mentah lebih banyak khasiatnya, lebih-lebih lagi untuk kesihatan kulit. Ada banyak kebaikan tomato ni tau, meh cikla nak kongsikan dengan korang.
Ada orang suka makan tomato macam tu aje disebabkan kandungan nutrisi dan airnya yang tinggi.
Sebenarnya ia memang bagus untuk melembapkan kulit dan sarat dengan mineral, kalsium, vit.A, C, flavonoid, vit.B kompleks, tiamin, folat dan niacin. Kesemua nutrisi ni juga baik untuk mata jugak.
Tomato juga bagus untuk melawan kesan kerosakan sel kulit oleh radikal bebas disebabkan kandungan antioksidan (lycopene dan zea-xanthin) di dalamnya.
Ia juga bersifat anti kanser serta mampu pulihkan sel dan membina otot sebab ia mempunyai protein. Rasanya ada orang yang suka menjadikan tomato sebagai masker sebab ia elok untuk merawat liang roma kulit yang terbuka.
Caranya adalah dengan mencampurkan 4 sudu jus tomato dengan 1 sudu air, kemudian sapukan campuran tersebut pada keseluruhan muka dengan menggunakan kapas. Biarkan sekejap (15 minit) dan cuci.
Ada orang juga suka menggosok tomato pada kulit sampai jusnya menyerap ke dalam. Cara ini dapat menyerikan wajah kita sebab ia membantu meratakan warna kulit sekaligus kulit nampak lebih sihat dan berseri.
Oh ye, kalau korang nak tau, biji tomato pun berguna jugak sebab ia dapat membantu merawat macam mcam masalah kulit. Kisar buah tomato bersama bijinya dan sapu pada wajah sebelum tidur kemudia basuh muka pada keesokan harinya.
Cara ni dapat membantu mengatasi masalah penuaan pramatang dan menjadikan kulit lebih sihat.
Ehh, tomato boleh rawat jerawat dan ruam panas? Ye, boleh.
Caranya adalah dengan membelah tomato dan sapu pada muka/kulit yang bermasalah atau ambil isi tomato dan sapu pada muka. Biarkan selama 1 jam. Buat secara konsisten, inshaAllah, ia akan bagi kita kesan yang ketara.
Tomato dan kecantikan. Gambar dari carian Google. |
Selain itu, buah ini jugak mampu mengawal pengeluaran minyak yang berlebihan pada muka kita. Ia juga boleh menjadikan kulit wajah lebih licin dan bersih.
Tomato jugak boleh dijadikan sebagai pelindung semulajadi dan memberikan wajah lebih awet muda. Pokok pangkalnya, kena rajin mengamalkannya. Campuran jus tomato dan madu dapat memberikan kita kelembapan kulit dan menjadikan kulit wajah lebih berseri-seri.
Jadikan tomato sebagai penyegar semulajadi setiap kali selepas mencuci muka kita. Kulit nampak lebih lembap dan shining.
Pendek kata, banyak kebaikan tomato ni kepada kecantikan. Apa yang penting kita rajin dan konsisten mengamalkan ia sebagai rutin harian kita. Nak cantik kenalah rajin, kan?
Sumber : Ruangan hati (Harian Metro).
Tomato lya suka buat sambal hhihi..elok sgt ni tips blh try
ReplyDeleteSuka makan tomato tapi jarang buat masker sebab sayang ..hihi =)
ReplyDelete