5 February 2016

Jalan-jalan ke Menara Condong Teluk Intan, Perak.

Baru-baru ni cikla sekeluarga berkesempatan pergi jalan jalan ke Teluk Intan. Korang tau je lah kan, kalau dah sampai Teluk Intan, apa yang paling menarik kat sini? 

Apa yang menjadi sebut sebutan orang orang kat sini dan jugak orang luar. Tak lain tak bukan Menara Condong Teluk Intan. 

Sebelum ni, cikla hanya tau pasal menara ni sebab cikla ada baca kak anajingga post entri pasal ni kat blog beliau. 

Nak baca entri tu, klik SINI. Kak ana cerita lagi detail pasal menara ni. Menarik jugak. Sebelum tu, cikla nak share sikit sejarah menara yang menjadi kebanggaan penduduk di sini.

Jalan-jalan ke Menara Condong Teluk Intan, Perak.
Jalan-jalan ke Menara Condong Teluk Intan, Perak.

Sejarah awal Menara Condong Teluk Intan. (Sumber : SINI)

Menara Condong adalah sebuah menara jam yang terletak di Teluk Intan, Perak. Ia menjadi mercu tanda bagi bandar Teluk Intan sejak beberapa lama. 

Keunikan menara ini adalah ia menyerupai Menara Pisa, Itali. Menara ini dibina pada tahun 1885. Ia memiliki ketinggian setiggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga. Walaupun telah berusia lebih 100 tahun, ia masih berdiri kukuh.

Menara ini sebenarnya merupakan takungan air sebelum adanya tangki air di Changkat Jong. Bangunan tiga tingkat ini dilengkapi dengan jam besar. Kini menara ini tidak digunakan lagi dan hanya menjadi tarikan pelancong yang mengunjungi bandar Teluk Intan. 

Di bahagian bawahnya dihiasi dengan landskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga. Kini bangunan purba itu mendapat julukan Menara Condong kedua di dunia selepas Pisa di Itali.

Apa fungsi Menara Condong Teluk Intan, Perak ni?

Menurut satu kajian, tujuan pembinaan menara condong atau juga dikenali sebagai Jam Tinggi adalah seperti berikut: 

(1) Untuk menyimpan air bagi penduduk tempatan pada musim kemarau. 
(2) Dalam memastikan kemudahan Pengurusan Air British ditingkatkan. 
(3) Untuk bekalan air sekiranya berlaku kebakaran. 
(4)  Sebagai penjaga masa.

Pada pendapat cikla, fungsi fungsi ni mungkin lebih kepada pembinaan awal menara ni pada masa dahulu. 

Sebab, pada masa sekarang, menara ni hanya dibuka untuk orang ramai sebagai salah satu tempat kunjungan wajib bagi setiap yang bertandang ke Teluk Intan.

Jalan-jalan ke Menara Condong Teluk Intan, Perak.
Jalan-jalan ke Menara Condong Teluk Intan, Perak.
Jalan-jalan ke Menara Condong Teluk Intan, Perak.
Jalan-jalan ke Menara Condong Teluk Intan, Perak.

Masa kami berada di sana, kami sempat jugak tengok tengok keadaan dalam menara. Cikla hanya naik tingkat bawah je. Tak laratlah nak naik tangga, hahah. Tengok macam tinggi je. Mengah mak nak. 

Cuma suami, kakak batrisyia dengan adik cikla je yang naik ke atas. Cikla dengan mak duk bawah je. Itupun bila duk dalam menara tu, memang terasa condong. 

Masa kami sampai, ada bazar dan banyak gerai di buka di perkarangan menara. Mungkin jualan sempena Tahun Baru Cina kot. Cenderamata pun ada jugak di jual kat situ. 

Pada yang belum datang sini, kalau korang sampai Teluk Intan, jangan lupa singgah sini. Tempat sejarah yang menarik untuk dilawati.

4 comments:

  1. tengkiu cik La bagi backlink ke AJ , itulah kalau dengan izinNya sampai juga cik La sekeluarga ke menara condong ni kan.. Alhamdulillah, memang penat juga nak mendaki ke atas tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome kak ana. Best jugak. Tp masa tu kami singgah jap je. Lepas naik menara, jln2 sekitarnya. Lgpun cuaca masa tu mmg panas gile... hehe..

      Delete
  2. insyaAllah satu hari nanti ingin juga jejak ke sini...
    simpan dulu dalam list..huhuhu

    ReplyDelete