Sunyi pulak rumah.....

Dua orang budak yang suka buat kecoh tu takde. Semalam dah hantar mereka duduk umah opah dengan atuk. Sibuk sangat nak tidur umah opah dengan atuk, sebelum cuti haritu asyik tanya bila nak hantar kakak pergi umah opah dengan atuk, hihi. Cuti sekolah agak lama jugak, 9 hari. So takpelah biar diaorang stay umah opah dengan atuk untuk beberapa hari. 

Lagipun opah dengan atuk takde kawan. Bagi riuh rendah sikit umah, haha. Mana taknya, sejak adik pindah ke Sabah, memang sunyilah rumah diaorang. Kalau tak, riuh dengan suara cucu cucu dia.

Sunyi pulak rumah.....
Sunyi pulak rumah.....

Sebelum balik semalam, puas jugak lah pesan kat kakak Batrisya supaya jangan nakal nakal masa kat situ nanti. Dengar cakap dan behave, dia dengar anguk anguk je. 

Kalau kakak damia tak risau sangat, sebab dia lebih polite sikit dari kakak batrisyia. Selalunya main sendiri je. Kakak batrisya ni 'aktif' sikit. So, kena ingatkan lebih, hehe. 

Itupun, pagi tadi opahnya wasap bagitau bergaduh pulak dua beradik tu. Si kakak batrisya buli kakak damia, adoi. Main cucuk cucuk pulak. Tapi takpelah, pak usu nya ada, pandai pandailah dia meleraikan, hehe.

Sunyi pulak rumah.....


Tapi, memang terasa sunyi pulak rumah kita ni mereka takde. Kalau tak pagi pagi lagi dah riuh, hahaha. Baru semalam kot. Ni sindrom rindu anak ke apa ni, aha.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews