Jom terapi mata.

Cikla bersiaran dari rumah mak ni. Balik sini semalam, hajatnya nak amik budak dua orang ni, kakak batrisyia dengan kakak damia. 

So, tidurlah semalam kat sini. Honestly, sejak cikla jaga bapak mertua cikla yang tak berapa nak sihat tahun lepas, memang dah jarang tidur umah mak. 

Kadang-kadang kesian jugak, tapi nak buat macam mana, tanggungjawab cikla lebih ke sana. Demi ibu tersayang, cikla tidurkan jugaklah diri ini walaupun hanya semalam. Bukan apa, cikla rasa mak cikla ni rindu dengan cucu cucu dia ni, bukan apa pun.

Cikla sebenarnya nak ajak korang terapi mata sekejap. Jom tengok bunga bunga mak cikla tanam ni. Mak cikla ni memang rajin sangat berkebun bunga. Tangannya pun serasi bila tanam bunga. Bunganya hidup segar membesar bagai johan. 

Bila cikla balik sini mesti pergi tengok usha usha bunga bunga dia ni. Memang cantik-cantik. Geram je, rasa nak 'rembat' satu je. Haha. Dah jom kita tengok sat.

Sunyi pulak rumah.....
Jom terapi mata.

Sunyi pulak rumah.....
Jom terapi mata.

Sunyi pulak rumah.....
Jom terapi mata.

Bunga yang merah dengan purple tu katanya dia baru beli aritu. Bunga yang putih tu pulak namanya Lilyrain flower. 

Kalau pakar-pakar bunga taulah sekian-sekian nama bunganya kan, cantik kan. Indahnya bunga ciptaan Allah SWT.

6 comments:

  1. sejuk mata memandang bila tengok tanaman cantik membesar kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la... memang kdg2 rasa puas sgt.... hehe..

      Delete
  2. aish...tetiba rasa macam nak tanam bunga pulak tengok bunga mak cikla cantik2 macam ni...

    ReplyDelete
  3. Kalau balik kampung memang seronok tengok macam-macam bunga.. cantik2

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (449) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews