Advertisement

Kekal bahagia by Ippo Hafiz (OST drama Cinta Si Wedding Planner).

KEKAL BAHAGIA BY IPPO HAFIZ (OST DRAMA CINTA SI WEDDING PLANNER). Cikla nak share lagi lagu yang menjadi pilihan cikla. Kiranya macam lagu yang cikla minat nak dengarlah. Manalah tau, kot kot korang pun suka jugak kan.... So, lagunya adalah Kekal bahagia by Ippo Hafiz. Siapa pulak Ippo Hafiz ni?

Sebenarnya, cikla pun baru tau pasal penyanyi ni. Rasanya penyanyi baru ni. First lagu dia yang cikla dengar lagu Rahsia OST drama teman lelaki upahan. Rupanya Ippo Hafiz ni mulakan kerjaya nyanyiannya  sejak tahun 2009 dengan menyertai program realiti seperti Rentak Irama Jalanan di TVi dan Pertandingan Juara Muzik Pahang FM (dia telah dinobatkan sebagai juara pertandingan itu). Lepas itu, dia melebarkan sayapnya dalam bidang nyanyian dengan lebih serius lagi. Banyak lagi lagu dia yang best best dan jadi OST drama.... (Sumber SINI). 

Kekal bahagia by Ippo Hafiz (OST drama Cinta Si Wedding Planner).

Dah dah, jom kita usha lirik lagu ni dulu.

LIRIK LAGU KEKAL BAHAGIA - IPPO HAFIZ. (Sumber SINI). 

Ku telah melupakan dirinya
Ku telah benar-benar melepaskan
Kini aku hanya ada kamu
Mengertilah cintaku
Kuatkanlah untuk bersamaku
Teguhkan hatimu menemani aku
Menjalani waktu-waktu hidupmu
Aku kan selalu ada denganmu
Memang benar aku mencintaimu
Memang benar rasa menyayangimu
Setulusnya rasa hati ini
Hanyalah padamu
Ku harapkan engkau

Yang terakhir
Dalam hidup ini
Setia bersamamu
Hingga hujung waktu ku
Kekal bahagia selamanya
Memang benar aku mencintaimu
Memang benar rasa menyayangimu
Setulusnya rasa hati ini
Hanyalah padamu
Ku harapkan engkau
Yang terakhir
Dalam hidup ini
Setia bersamamu
Hingga hujung waktu ku (2x)
Kekal bahagia selamanya (2x)
Bahagia....

Dah ada lirik tak tengok videonya rasa macam tak best pulak. Jom kita layan jap video klip lagu ni.....
(Sumber YouTube).


*psstttt: tak sabar nak tau ending cerita drama 'Cinta Si Wedding Planner' ni hari ni.... Cikla agak happy ending... biasalah kan..  drama melayu... hehe....

Post a Comment

4 Comments