Advertisement

Salam takziah untuk adik!

SALAM TAKZIAH UNTUK ADIK! Cikla baru je terima berita tentang adik cikla yang mengalami keguguran pagi tadi. Salam takziah untuk dia dan suaminya. Memang malam tadi adik cikla ada wasap cikla mengadu yang masa dia buang air kecil, macam bleeding.... lendir dengan darah. Dua kali jugaklah.... lepas tu dah takde. Perut pun tak sakit. Cikla memang cakap kat dia better pergi klinik or hospital untuk checkup kot kot ada apa apa masalah. Memang dia takde masalah mengandung sebelum ni. Ni kandungan ke-3....

Tup tup pagi tadi, dia wasap lagi bagitau darah keluar lagi dan perut sakit. Cikla agak sakit perut macam senggugut tu rasanya. Memang on the spot cikla suruh pergi jumpa doktor jugak. Sampai di klinik, doktor buat pemeriksaan dan scan, nampak memang macam ada masalah. Katanya, kantung ada tapi denyut jantung takde. Hati ibu mana kan tak sedih. Dalam hati masih terus berdoa agar semuanya selamat. Doktor terus suruh adik pergi hospital terus untuk buat pemerikasaan lanjut.

Salam takziah untuk adik!

Sampai hospital, lepas buat checkup itu ini, rupanya betullah. Allah lebih sayangkan si kecil itu. Allah, hati ibu mana yang tak sedih kan. Allah meminjamkan kepada kita sekejap aje untuk merasai nikmatNya. Tak apalah dik, mungkin bukan rezeki. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ni. Semoga tabah dan sabar menghadapi ujian dan dugaan ni... be strong!!

Yang menjadi persoalan, apa sebabnya agaknya berlaku kan? Katanya dia takdelah buat kerja berat berat sangat sekadar memasak untuk keluarga, kemas rumah dan layan kerenah anak anak dia. Cuma dia selalu turun naik tangga sebab rumahnya tingkat tiga.... atau mungkin sebab stress. Orang cakap orang mengandung ni kena jaga emosi. Tak boleh sedih-sedih... stress stress.... 

Al fatihah untuk anak syurga. Semoga kau tenang di sana nak! Pada adik cikla, semoga ikhlas dan redha hadapi semua ini. Kami sekeluarga tumpang sedih.... Kita merancang, tapi Allah yang menentukan......

*ya Allah, Kau lindungilah kandunganku ini. Semoga selamat sehinggalah melahirkan nanti. Amin....

Post a Comment

6 Comments

  1. innalillahiwailaihirojiun... Al fatihah. Byak sabar. Allah bg rahmat yg kita tak tahu tu... dan anak syurga itu tunggu di pintu syurga...

    ReplyDelete
  2. takziah untuk adik cikla..Dia maha Tahu yang terbaik atas semua yang berlaku pada hambaNya..

    ReplyDelete
  3. salam takziah dari kak ana juga, tabah kan hati ye, buat adik cik la

    ReplyDelete