Sebenarnya cikla sekeluarga pergi ke sini hujung bulan Januari aritu. Lepas kami pergi jalan jalan ke menara condong kat Teluk Intan (klik SINI untuk baca entri), kami singgah sini. Saja bawak mak jalan-jalan sini, sambil sambil tu boleh berendam dalam ayak paneh. Haha.

Jalan-jalan di Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah, Sungkai, Perak.
Jalan-jalan di Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah, Sungkai, Perak. Welcome dear!!

Masa tu kami sampai dah agak lewat jugaklah, dalam pukul 5 petang lebih kurang. Rasanya tempat ni tutup around 7 malam. Nak masuk dalam ni pun tak boleh bawak kenderaan. Kereta kena parking luar, sebab dah disediakan pengangkutan (macam train gitu) untuk masuk. 

Lepas kami bayar fee masuk, so tunggulah train datang amik kami. Kalau ikutkan, takdelah jauh sangat kalau kita walk dari pintu masuk ke dalam. Tapi, biasalah, kemudahan dah ada, kita gunakan aje. Betul tak? Hehe.

Jalan-jalan di Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah, Sungkai, Perak.
Jalan-jalan di Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah, Sungkai, Perak.

Jalan-jalan di Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah, Sungkai, Perak.
Jalan-jalan di Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah, Sungkai, Perak.

Jalan-jalan di Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah, Sungkai, Perak.
Jalan-jalan di Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah, Sungkai, Perak.

Sampai sana, kami pergi tukaq baju dulu. Toilet kat sini boleh dikatakan bersih jugaklah. Cikla bagi 4 bintang dari 5. Kira selesa. Ada shower untuk mandi dan tandas yang bersih untuk melepaskan hajat. Hehe. 

Lepas tukar baju, so kami mula mencari port yang sesuai untuk berendam. Masa kami datang ni, orang memang penuh jugaklah. Setiap tempat yang disediakan memang dah ada 'penghuninya'. 

Cari punya cari kami pilih kolam yang suhunya tak terlalu panas. Kira panas panas manja gitu. Hehe. Itupun tempat yang kami pilih memang dah ada orang. Tapi, takpelah. Layan aje.

First time cikla rendam kaki dalam air tu, memang terasa panas jugaklah. Tapi, lama lama dah tak panas. Macam suam suam kuku. Syok jugak. Mak cikla memang nampak teruja bila berendam. Hehe. 

Rupanya setiap kolam kat sini memang dah diletakkan tanda darjah kepanasan air. Kolam yang airnya paling panas memang nampak berasap asap. 

Salah satu kolam di sini memang disediakan sebagai tempat untuk merebus telur. Telur tu memang dah disediakan, kita beli ajelah. Tengok, siap boleh rebus telur lagi. Bayangkanlah berapa panas air kat sini, huhu.

Jalan-jalan di Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah, Sungkai, Perak.
Jalan-jalan di Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah, Sungkai, Perak.

Jalan-jalan di Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah, Sungkai, Perak.
Jalan-jalan di Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah, Sungkai, Perak.

Rupanya kat sini jugak, bukan hanya ada kolam air panas je. Kolam air biasa pun ada. Macam waterfront tu. Menarik jugaklah. 

Kalau ada yang tak nak berendam dalam air panas, boleh berendam kat sini. Masa kami lepak sini, memang penuh jugaklah. 

Anak anak cikla, biasalah kalau nampak air macam kena 'rasuk'. Haha boleh ke ayat gitu. Ye lah, mana taknya sampai sampai terus keceburrrrr dalam air, itupun mujur tak bawak pelampung. Agaknya mau tak nak naik kot, haha.

Lepas kami puas menikmati 'kehangatan' dan 'kesejukan' air di situ, so tibalah masa untuk pulang. Mak cikla siap mention nanti kalau ada masa nak datang lagi. Nak bermalam pulak. Seronoklah tu agaknya. Tak puas pun ye jugak, yelah kami sampai pun agak lewat jugak. 

Kalau korang nak tau more info pasal tempat ni termasuklah tempat untuk menginap semua, blogger JULIA JOHARI ada cerita pasal ni. Nak tau ke? Klik SINI.

Kalau korang tetibe ter'datang' ke Sungkai, jangan lupa singgah sini. Best untuk dijadikan tempat beriadah untuk seisi keluarga.

Nak info lebih lagi? Klik SINI.